Jika Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti Perikatan Nasional menang besar, apa yang rakyat akan dapat? Kerajaan tidak akan bertukar kerana PRN, melainkan atas sebab-sebab lain.
Jadi, apa yang rakyat akan dapat? Ketidakstabilan politik yang berterusan sehingga PRU-16. Perikatan Nasional akan semakin kuat, agresif menyerang dan menggoncang kerajaan.
Hasilnya? Ketidakstabilan politik yang akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti ekonomi dan sosial. Ramai yang akan mengambil kesempatan atas kekacauan politik ini.
Politik yang tegang dalam sesebuah negara tidak akan menguntungkan rakyat kerana politikus akan hanya sibuk berpolitik, sama ada untuk mempertahan kuasa atau mengambil alih kuasa.
Membiarkan Perikatan Nasional menguasai banyak negeri seperti memberi senjata kepada mereka untuk terus bertempur. Apa hasilnya?
Rasionallah. Anda rakyat, tidak payahlah terjebak ke dalam politik yang tidak menguntungkan anda. Tidak payahlah menjadi ‘keldai-keldai’ tidak berbayar politikus. Redakanlah suasana politik yang tegang ini dengan menyekat kemaraan Perikatan Nasional. Kurangkanlah berpolitik.
Bukan apa, jika Perikatan Nasional memerintah sekalipun, keadaan rakyat dan negara tetap sama, malah mungkin lebih buruk. Yang berubah hanyalah nasib politikus.
Kerajaan yang bertukar, yang akan datang bakal lebih buruk daripada kerajaan sedia ada. Itulah lumrahnya.
Jusoh Gobek