ANWAR TERIMA KUNJUNGAN DUA PUTERA ALMARHUM SYEIKH YUSUF AL-QARADAWI

114
SHARES
369
VIEWS

Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi menerima dua tetamu iaitu Dr Muhammad Al-Qaradawi dan Abdurrahman Al-Qaradawi yang merupakan putera kepada Almarhum Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi yang amat dikasihi.

Dr Muhammad dan Abdurrahman mewakili keluarga Almarhum Yusuf al-Qaradawi mengunjungi Malaysia bagi menunaikan amanah dan wasiat bapanya untuk menyerahkan koleksi tulisan Almarhum kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hubungan panjang Almarhum yang panjang semenjak awal tahun 70an ditandai dengan pesanan kepada YAB Perdana Menteri sewaktu mengemudi ABIM ketika era kebangkitan Islam dan terkenal dengan semangat anak muda yang membara dan kuat idealismenya.

Syeikh Dr Yusuf memperingatkan kepentingan bersikap sederhana dan dengan menjadikan dakwah sebagai jalur hikmah yang penuh kebijaksanaan.

Bagi pihak keluarga YAB Perdana Menteri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua putera Almarhum yang sudi melawatnya di Malaysia dan semoga hubungan persaudaraan ini kekal segar seperti sewaktu mula Almarhum bapa mereka melembar pintu persahabatan ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts