YAB PERDANA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN USTAZ ABDUL SOMAD

75
SHARES
243
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ustaz Abdul Somad Batubara, pendakwah yang berasal dari Sumatera Utara, Republik Indonesia yang juga dalam rangka siri ceramah di Malaysia minggu ini, semalam.

Dalam pertemuan ini antara lain mereka turut membincangkan dinamika dakwah dan isu-isu agama yang merentas sempadan Alam Melayu.

YAB Perdana Menteri amat menghargai usaha dakwah Ustaz Abdul Somad yang aktif khususnya di alam Melayu. Sesungguhnya para daie dan ulama di alam Melayu ini saling mendukung dan melengkapi pemerintahan umara’ sejak sekian lama.

Peranan ulama Melayu seperti Syeikh Daud al-Fatani, Syed Abdul Samad al-Falimbani, Raja Ali Haji dan Buya Hamka mempunyai hikmah, kedalaman ilmu dan berani dalam melaksanakan dakwah, telah menyumbang kepada perjuangan melawan penjajah serta benteng kepada akidah umat di rantau ini.

YAB Perdana Menteri dan Ustaz Abdul Somad juga bersependapat bahawa pentingnya dakwah yang berlandaskan kesederhanaan dan hikmah dalam menyampaikan mesej Islam dengan lebih bijaksana.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts