NASI LEMAK ANTARABANGSA KEMBALI BEROPERASI DI RAWANG

531
SHARES
1.7k
VIEWS

Sesiapa yang rindu Nasi Lemak Antarabangsa (NLA), anda kini boleh menikmatinya di Rawang. Saya baru cuba hari ini. Rasanya tetap hebat dan sedap terutama sambal, lauk ayam berempah, sotong dan paru. Puas makan.

Nasi lemak ‘legend’ ini pernah popular dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia suatu ketika dahulu, telah kembali beroperasi.

Pengasas NLA adalah Puan Normi Tandoh yang memulakan perniagaannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1970-an, sebelum ia ditutup beberapa tahun lalu.

Kali ini, bisnes nasi lemak itu diteruskan oleh anaknya, Puan Roshidah Ahmad dan menantu Encik Abdul Halim Jamaludin di rumah mereka di No 17, Jalan 3/28 BTP 3,
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Tempat ini dibuka setiap hari, kecuali Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi dan dari pukul 5 petang hingga 8 malam.

Menurut pasangan Encik Halim dan Puan Roshidah, pada peringkat ini mereka berniaga secara kecil-kecilan dan merancang untuk membesarkan perniagaan NLA kemudian.

NLA boleh dihubungi melalui telefon 0108818080 dan emel nasilemakantarabangsa@outlook.com

Tulisan ini dipetik daripada akaun tiktok Cloudieeyy._ di pautan https://www.tiktok.com/@cloudieeyy._

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts