MAHATHIR HANYA PARASIT POLITIK, TANPA BELIAU PAS TETAP KEKAL RELEVAN!

396
SHARES
2.3k
VIEWS

SURAT PEMBACA | 1. ‘Seronok’ mengikuti ceramah Atok Mahathir semalam di Kota Bharu. Jujurnya, saya hanya mengikuti program tersebut secara atas talian. Namun ia tetap menarik melihat gelagat pimpinan tertinggi PAS melayan Atok.

2. Hakikatnya, tanpa Atok di atas pentas, PAS dilihat tidak sukar mengekalkan Kelantan di bawah pemerintahan mereka. Ini hanyalah “ta’awun siasah” atau kerjasama politik antara Atok dan Perikatan Nasional termasuk PAS. Lebih tepat lagi, saling memperguna antara satu sama lain.

3. Kami ahli-ahli PAS faham benar dengan hasrat Atok yang benar-benar mahu menjalinkan kerjasama dengan PAS. Ia hanya atas faktor politik semata-mata. Tentunya akan ada kerusi PAS bakal menjadi ‘korban’ di Kedah nanti.

4. Ketika ini, Atok sedang melobi kuat anaknya Mukriz diberi kerusi selamat untuk PRN Kedah. Bagi memastikan ia tercapai, Atok tanpa segan silu berdamping rapat dengan pimpinan PAS yang beliau telah hina dan fitnah dahulu.

5. Sebagai timbal balas, Atok akan menjadi ikon tidak rasmi PN dan PAS. Acara di Kelantan semalam hanyalah permulaan ‘roadshow‘ Atok untuk menggunakan jentera PAS agar programnya nanti penuh dengan lautan manusia.

6. Atok bijak memanipulasi orang-orang PAS. Di Kedah juga nanti, akan ada perhimpunan besar-besaran yang akan dihadiri oleh orang-orang PAS. Tentunya ‘air muka’ Atok akan selamat kononnya program Atok begitu mendapat sambutan.

7. Hakikatnya, tanpa Atok sekalipun, perhimpunan PAS tetap dibanjiri lautan manusia. Tidak salah bersangka baik namun janganlah pimpinan PAS terlalu bermain politik. Jika salah langkah, leher sendiri yang akan terbelit.

8. Atok kini ibarat ‘hantu’ yang berkuasa namun memerlukan jasad. Beliau ada segalanya, harta, wang ringgit, pengaruh, pengalaman. Apa yang beliau tidak ada sekarang ialah ‘jasad’ untuk digunakan semasa PRN nanti.

9. Beberapa cubaan Atok sebelum ini gagal! Kongres Melayu, BERSATU, Gabungan Tanahair, PUTRA, semuanya gagal. Atok tidak boleh menunggu lagi. Masanya agak terhad. Maka itu PN, terutama PAS perlu didapatkan segera bagi menyempurnakan hasratnya.

10. Oleh itu, jika ada pilihan, PAS tidak payahlah gunakan atok. Kita tahu, di Kelantan, Kedah, bahkan Terengganu ,jika tiada beliau sekalipun, kita masih boleh menang. Kami ahli bawahan akan tetap bekerja keras memastikan kemenangan PAS.

11. Pimpinan PAS juga tidak payahlah mahu mengangkat Atok secara berlebihan. Loya kami ahli bawahan membaca dan mendengarnya.

12. Adalah lebih baik kita PAS kekal dengan dasar dan taktik dari dahulu iaitu ‘”Membangun Bersama Islam”, bukannya “‘Membangun bersama Atok” yang mengamalkan Al Ghayah Tubar rirul Wasilah (tujuan menghalalkan cara).

Bukankan ini pegangan yang kita pegang dari dahulu dan tetap relevan hingga kini? Tepuk dada, tanyalah hati berdasarkan tarbiah kita selama ini….

Ahli PAS

Kuala Nerang, Kedah

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts