SAIFUDDIN BERTEMU PREMIER SARAWAK, BINCANG ISU PENDUDUK TANPA PENGENALAN DIRI

467
SHARES
1.5k
VIEWS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, hari ini.

Pertemuan tersebut antaranya bagi mengesahkan dan memulakan Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Pengenalan Diri (PPK) Di Bawah Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sabah dan Sarawak (JKKSS).

Perbincangan tadi juga menyentuh beberapa aspek kerjasama lain yang boleh ditingkatkan seperti kawalan di pintu-pintu masuk sempadan serta sistem keselamatan berteknologi tinggi yang boleh dilaksanakan.

Tentunya keputusan Indonesia memindahkan ibu negara ke Kalimantan akan memberi tempias pembangunan serta perubahan yang positif kepada Sarawak dan kita perlu bersedia ke arah itu.

Melalui kestabilan politik dikecapi hari ini ditambah dengan kerjasama persekutuan-negeri yang kian utuh, banyak manfaat bakal dinikmati oleh rakyat Sarawak, insya-Allah.

Alhamdulillah, usaha yang dirintis melalui Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak yang dipengerusikan bersama oleh YB Menteri KDN dan YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Sarawak terus mencapai kemajuan.

Beliau turut berkesempatan hadir ke Majlis Penyerahan Surat Keputusan kewarganegaraan kepada 62 orang kanak-kanak yang berlangsung di Kuching.

YB Menteri dan KDN bertekad untuk bersungguh-sungguh memastikan isu ini yang sudah sekian lama berlarutan dapat ditangani sebaiknya agar tiada individu yang dikesampingkan dan tidak mendapat hak mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts