PENCALONAN JAILANI DI AJIL DISAMBUT POSITIF

129
SHARES
417
VIEWS

Pemilihan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM), Datuk Seri Jailani Johari sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu pada PRN bulan depan, dilihat paling tepat.

Rata-rata masyarakat terutama penyokong Barisan Nasional dan Kerajaan Perpaduan menyambut baik penampilan Jailani yang disifatkan calon berwibawa. Walaupun terdapat pihak tertentu yang mahu membantah pencalonan Jailani, ibu pejabat UMNO dijangka mengekalkan keputusan tersebut.

Ini berdasarkan beberapa kaji selidik dalam kalangan rakyat di Ajil yang mahu Jailani dipilih sebagai calon. Nama beliau tidak disenaraikan pada PRU-15 yang lepas dipercayai akibat permainan muslihat pemimpin tertentu di peringkat negeri.

Pada Jumaat lepas, nama Jailani diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama 107 calon BN lain yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Ekoran pengumuman itu, ramai netizen memberikan reaksi amat positif sambil menyifatkan ia akan memberi impak kepada seluruh negeri Terengganu.

Ini perkembangan yang menarik. Dia (Jailani) memang disenangi dan dihormati oleh rakyat Terengganu,” kata Azmi Jusoh.

Seorang lagi, Jabar Saleh menulis, “Sebelum ini nama Dato (Seri) Jailani tercicir sebagai calon PRU-15 , kali ini molek sangat calonkannya. Dia calon boleh menang. Terbaik.

Itu adalah antara banyak komen yang menyambut baik pemilihan Jailani sebagai calon PRN kali ini. Para penyokong parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan turut memberikan reaksi positif disebabkan imej beliau yang baik.

Menurut ramai pemerhati, Jailani akan berdepan dengan cabaran besar tetapi bukan daripada para pengundi. Sebaliknya, daripada pihak tertentu dalam UMNO Terengganu yang cuba mensabotaj pencalonannya.

Difahamkan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Ahmad Said lebih menyokong Pengerusi UMNO Hulu Terengganu, Tengku Mahari Tuan Chik sebagai calon bagi kerusi itu, meskipun beliau dikatakan bukan orang Ajil.

Usaha dipercayai sedang dibuat untuk merayu kepimpinan UMNO pusat bagi membatalkan pencalonan Jailani dan digantikan dengan Tengku Mahari. Malah sudah ada ugutan dan kata dua untuk menutup bilik gerakan UMNO Hulu Terengganu sekiranya Tengku Mahari tidak dicalonkan.

Sementara itu, sumber-sumber UMNO Pusat memberitahu, Jailani adalah calon terbaik untuk kerusi Ajil dan itulah keputusan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO sudah berpengalaman menguruskan isu seumpama itu setiap kali menjelang pilihan raya,” kata sumber berkenaan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts