PROGRAM KOMUNITI MADANI PASTIKAN MASYARAKAT TERIMA MAKLUMAT TEPAT, SAHIH

93
SHARES
300
VIEWS

Program Komuniti MADANI telah diadakan di Pasir Tuntong, Kuala Selangor, bertempat di perkarangan Arena Sukan bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang semalam, dengan kehadiran penduduk mencecah 350 orang.

Program yang dilaksana ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai konsep Malaysia Madani dan dasar-dasar kerajaan hari ini supaya masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sahih serta untuk mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan pada program berkenaan termasuklah pertandingan mewarna, pertandingan menyusun manik dan meniup belon serta pertandingan sukan rakyat. Selain itu, terdapat juga aktiviti senamrobik, Jualan Ehsan Rahmah (JER), kuiz literasi Malaysia MADANI serta cabutan bertuah bagi meraikan penduduk Pasir Tuntong.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Bin Ahmad; Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Tuan AK Ashaari Bin Ak Yussof; Pengarah Yayasan Graduan, Dr Hj Mohd Nurul Hafiz Ibrahim dan wakil Bahagian Pengambilan UiTM.

Manakala agensi dan jabatan yang terlibat termasuklah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Kuala Selangor, Majlis amanah Rakyat (MARA) serta Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan wakil Persatuan Penduduk Pasir Tuntong.

Insya-Allah program bermanfaat sebegini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa demi memastikan masyarakat sentiasa menerima maklumat tepat dan sahih.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana MenteriĀ 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts