INFINEON YAKIN DENGAN EKOSISTEM PELABURAN DI MALAYSIA

340
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Infineon Technologies AG, iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi di negara ini selama 50 tahun, sejak tahun 1973.

Malaysia merupakan sebuah hab penting bagi Infineon dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim, Kedah dan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip yang terletak di Melaka. Ini terbukti melalui jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion yang telah dilakukan oleh syarikat di Malaysia sehingga kini. 

Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG, Dr. Rutger Wijburg, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat tersebut. Keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan fokus di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts