PROGRAM KEPIMPINAN MADANI DI SEKOLAH MENENGAH SAINS FARIS PETRA

102
SHARES
330
VIEWS

Bertempat di Sekolah Menengah Sains Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah mengadakan “Program Kepimpinan Madani 2023” dengan kehadiran 700 orang. Program ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai konsep Malaysia Madani dan dasar-dasar kerajaan.

Terutamanya mengenai sektor pendidikan, selain bagi meningkatkan motivasi kepada pelajar dan mengeratkan jalinan strategik dengan kumpulan sasaran.

Di antara aktiviti yang menarik dalam program yang diadakan pada 24 Julia ini ialah slot ceramah motivasi bersama saudara Amin Idris yang bertajuk “Membentuk Pemimpin Muda Madani” dan slot motivasi petang bersama Prof. Madya Dr. Abdul Samad, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Di samping itu, diadakan juga sesi penyampaian kecemerlangan SPM dan STPM Tahun 2022 dan Tokoh Ikon Pelajar SPM 2022.

Program ini telah dihadiri oleh Encik Cik Kazidi Bin Mohd Zainuddin, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Penyelidikan J-KOM mewakili Ketua Pengarah J-KOM.

Serta YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Tuan Haji Saipul Bahri Bin Abdul Manaf, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu dan Encik Ahmad Bin Tajab, Pengetua Sekolah Menengah Sains Faris Petra, Kota Bharu.

Diharapkan program yang bermanfaat sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. 

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts