KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA ANGKATAN

335
SHARES
2k
VIEWS

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi turut disambut oleh barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM sebelum ke sesi bergambar dan seterusnya menandatangani buku pelawat.

Kunjungan hormat tersebut merupakan pertemuan perpisahan Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi kepada pucuk pimpinan PDRM kerana beliau bakal meninggalkan tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah mencurahkan khidmat bakti selama 43 tahun.

Terdahulu, beliau telah diberi penghormatan untuk memeriksa kawalan kehormatan yang diketuai oleh DSP Zulfadhli Zulkefli dengan kekuatan tiga pegawai dan 102 anggota dari Pasukan Simpanan Persekutuan.

Hadir sama, barisan Ketua Urus Setia KPN, barisan Pegawai Kanan PDRM dan ATM.

Sumber: PDRM 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts