KEDAH PERLUKAN PERUBAHAN DRASTIK PENTADBIRAN, TATAKELOLA

335
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan siri Jelajah Perpaduan di Kedah malam tadi bagi mendukung calon PH-BN di DUN Bukit Kayu Hitam dan Jitra.

Beliau tegaskan bahawa negeri Kedah ini perlukan perubahan drastik terkait soal pentadbiran dan tatakelola. YAB Perdana Menteri percaya rakyat Kedah juga mendambakan pemimpin yang benar-benar cekap dan berkeupayaan mengemudi negeri ke tahap yang lebih baik.

Menurutnya, amat mengecewakan tatkala pimpinan negeri gagal mengangkat tahap kehidupan rakyat ke tahap yang lebih baik dan masih kekal tergolong antara negeri yang masih mencatat jumlah kemiskinan tegar yang tertinggi.

Lantaran itu, rakyat negeri Kedah mesti menghantar isyarat yang jelas bahawa mereka juga layak dan berhak untuk menyaksikan bentuk pentadbiran yang lebih baik, tertib, tidak angkuh, serta yang berusaha sebaiknya mengangkat darjat serta martabat hidup rakyat.

Sesuatu yang memalukan tatkala kita selesa berbangga dengan gedung-gedung serta mercu-mercu tanda besar walhal sebahagian rakyat masih ramai yang bergelut dalam keadaan yang daif dan melarat.

Seperti yang YAB Perdana Menteri tegaskan sebelum ini bahawa Kerajaan Perpaduan komited dan sedang berusaha menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini yang melibatkan 130,000 keluarga, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts