PERUBAHAN DALAM SAINS, TEKNOLOGI PERLU PENDEKATAN BAHARU, LEBIH KREATIF

65
SHARES
211
VIEWS

YAB Perdana Menteri telah merasmikan Sidang Kemuncak Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2023 dan penyampaian Anugerah MCY, pagi tadi. Beliau turut ditemani oleh Mentari Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan timbalannya Datuk Arthur Joseph Kurup.

YAB Perdana Menteri berkata pastinya beliau amat berbangga dengan penghasilan produk, teknologi hasil R&D tempatan yang telah menembusi pasaran glokal sementelahan lebih RM500 juta nilai pengkomersialan telah tercipta sepanjang penganjuran MCY.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh keperluan kepada pihak terlibat termasuk para sarjana, saintis dan yang berkaitan agar mendambakan perubahan kendatipun ada halangan atau kekangan dari cara kebiasaan dalam industri ketika ini.

Beliau percaya, perubahan dalam bidang sains dan teknologi ini menuntut pendekatan baharu lebih kreatif yang didukung sokongan pihak kementerian mahupun swasta untuk menjayakannya.

YAB Perdana Menteri juga sempat menyaksikan pertukaran empat memorandum persefahaman (MoU) dalam merancakkan industri pengkomersialan negara dengan anggaran pulangan perniagaan bernilai RM95 juta.

Semoga MoU ini dapat meningkatkan kerjasama strategik disamping menonjolkan potensi syarikat tempatan di peringkat global terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts