MARA: AZMIN KATA LAIN, MAHATHIR KATA LAIN

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Sebelum ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu dalam Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah mengambil alih pengurusan MARA.

Bagaimanapun, pengumuman Mahathir hari ini bertentangan dengan kenyataan Azmin yang dibuat dalam Dewan Rakyat pada 14 Ogos lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Amanah Mara (MARA) akan kekal sebagai sebuah agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

“Kita telah serahkan MARA ini kepada Kementerian Luar bandar. Saya janji akan berikan bantuan secukupnya kepada kementerian ini.”

“Saya janji untuk memberi bantuan yang secukupnya kepada kementerian ini. Jika ada keperluan mempunyai pegawai, akan diadakan pegawai.”

“Kalau ada keperluan mempunyai bantuan daripada pihak luar, kita akan beri.”

“Kalau tidak ada keperluan apa-apapun, pihak kerajaan ini (Pakatan Harapan) akan memberi bantuan kepada MARA supaya MARA akan mencapai kejayaan.”

“Walaupun berada hanya dalam satu kementerian sahaja, tugas yang amat besar, bahkan amat besar daripada kementerian-kementerian yang lain.”

Beliau berucap sedemikian semasa sesi dialog di Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara di Kuala Lumpur pagi ini yang turut dihadiri oleh Azmin yang duduk di sebelah kiri beliau.

Beliau menjawab soalan daripada peserta kongres mengenai rancangan kerajaan terhadap MARA kerana sebelum ini terdapat dakwaan kerajaan akan memansuhkan MARA sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab bagi membantu Bumiputera.

Rakyat cuma mengharapkan selepas ini tidak akan ada lagi pertukaran kenyataan sesuka hati seolah-olah menteri kabinet hari ini tidak mendapat maklumat tepat sebelum mengeluarkan kenyataan serta apa yang Mahathir maklumkan hari ini berkaitan MARA adalah muktamad.

Ini hanya membuktikan menteri kabinet Pakatan Harapan hari ini tidak boleh diharapkan seperti yang Mahathir sendiri akui yang memaksa beliau campur tangan dalam membuat keputusan untuk setiap kementerian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts