KENYATAAN NIK AMAR “RAKYAT KELANTAN PANDAI GALI TELAGA SENDIRI” TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

73
SHARES
237
VIEWS

1. Pembinaan telaga untuk tujuan pengambilan air bawah tanah harus mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan pihak berkuasa kerana risiko kandungan logam tinggi yang membahayakan kesihatan.

2. Kenyataan yang menggambarkan rakyat seolah-olah dibiar menanggung beban kewangan untuk menggali air bawah tanah kerana masalah bekalan air, adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.

3. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan terus memantau keadaan air Kelantan, selain komited untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu seperti yang dinyatakan Perdana Menteri.

4. Ini sebagaimana kelulusan suntikan dana jangka masa pendek dan reformasi struktur pengendali operasi air di Kelantan.

5. Maklum balas kepada laporan media mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar ‘caretaker‘ Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tentang “rakyat Kelantan pandai menggali sendiri telaga” apabila berdepan masalah bekalan air.

– YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad

Sumber: Facebook Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts