ISU GALI PERIGI SENDIRI: PAS MEMPERBODOH, ABAI HAK ASAS RAKYAT KELANTAN

352
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Kenapa Timbalan Menteri Besar ‘caretaker‘ Kelantan Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah tergamak berkata bahawa kononnya rakyat Kelantan tahu selesai masalah air sendiri dengan menggali telaga sendiri? Rujuk pautan; https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1138284/air-bukan-isu-besar-orang-kelantan-boleh-gali-sendiri-telaga-mohd

2. Ini kerana beliau langsung tidak hormat dan sanggup merendah-rendahkan rakyat Kelantan terutamanya di kampung-kampung dan pendalaman yang sentiasa terkesan dengan masalah air

3. Beliau juga dilihat menghina intellectuality rakyat Kelantan seolah-olah apa sahaja dibuat oleh Kerajaan PAS, akan diterima mereka bulat-bulat, reda sahaja tanpa sebarang persoalan

4. Ini membuktikan hakikatnya Kerajaan PAS di Kelantan langsung tidak peduli dengan rakyatnya sendiri, jauh sekali mengamalkan akhlak Islam cara Baginda Rasulullah SAW

5. Sebagai contoh perkara ini boleh dilihat dalam kisah bagaimana Baginda SAW sendiri tidak tidur malam membantu Saidina Bilal Bin Rabah R.Anhum (yang ketika itu belum Islam) – agar Bilal boleh berehat, sedangkan baginda yang tentu jauh lebih mulia dari seluruh pimpinan PAS tetap membantu seorang hamba berketurunan Habsyi yang tidak dikenalinya

6. Inikan pula Kerajaan PAS yang telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh rakyat yang telah mengundi mereka namun PAS tidak amanah langsung dalam melaksanakan tanggungjawabnya sendiri

7. Lebih teruk Kerajaan PAS meletakkan beban membantu rakyat ke atas mereka sendiri untuk menyelesaikannya, namun dalam masa yang sama sanggup menerima habuan gaji dan elaun berbanding rakyatnya yang susah

8. Bayangkan jika PAS memerintah negara selepas ini, adakah mereka akan membawa akhlak Islam seperti Baginda Rasulullah SAW dan membantu rakyatnya atau semakin angkuh menyuruh rakyat menyelesaikan sendiri masalah mereka?

9. Inilah akibatnya apabila parti yang hanya tahu melaungkan slogan “memperjuangkan Islam” namun akhlak dan amalnya tiada, kini menjadi terlalu angkuh dan mendabik dada kerana merasakan rakyat Kelantan boleh diperbodohkan dan akan tetap mengundi mereka walau apapun yang dilakukan mereka

10. Justeru hanya kepada Allah kita berserah dan Insya-Allah Kerajaan PAS yang sedang menzalimi dan menghina rakyatnya sejak sekian lama ini pasti dan pasti tidak akan terlepas dari balasan keras Allah Taala di akhirat kelak.

PAS jangan lupa, akhirat itu ada dan kekal selama-lamanya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts