ANWAR GESA TOLAK PENUNGGANG AGAMA, MEREKA YANG MEMPERMAIN HUKUM ALLAH

73
SHARES
234
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus ke Hulu Kelang bagi menyertai pimpinan perpaduan dalam Grand Finale Jelajah Kita Selangor, sebaik sahaja selesai program di Ijok.

Menurutnya, para pengundi di Selangor dan negeri-negeri lain perlu menolak penunggang agama, mereka yang mempermainkan hukum Allah Taala serta sering mencerca dan memfitnah orang lain.

Bukan itu sahaja, golongan ini juga gemar mengkafirkan orang lain andai tidak memberi sokongan kepada mereka. Ia jelas bukan budaya di negara ini dan beliau juga maklumkan bahawa negara ini tidak boleh membiarkan gerombolan taksub seperti ini terus berleluasa.

Jika golongan seperti ini diangkat sebagai pemimpin, saya percaya bahawa negara kita akan rosak dan mereka akan terus menunggang agama demi kepentingan peribadi.

Ayuh bangkit saudara-saudari, kita tolak golongan ini dan kita pastikan hanya pemimpin berilmu dan beradab diberi tempat menggalas amanah rakyat,” tambah YAB Perdana Menteri.

Justeru  terpulang kepada para pengundi mahu memilih calon mana satu, sama ada pemimpin yang berusaha mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara, sepertimana titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Atau memilih pemimpin taksub yang sanggup memperguna agama demi kelangsungan partinya, hanya tahu memporak-porandakan negara bagi menumbangkan kerajaan sedia ada.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts