PROJEK PERUMAHAN BAHARU PERLU SEIMBANG – YAB PERDANA MENTERI

334
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi. Beliau diapit oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menyentuh hasrat Kerajaan Perpaduan agar mana-mana pembinaan projek perumahan baharu perlulah seimbang bagi mewujudkan ibu kota prihatin, ibu kota MADANI.

Sudah pasti golongan berpendapatan rendah tidak disisihkan daripada arus pembangunan, selain memastikan lebih banyak perumahan untuk golongan tersebut dibina.

Beliau juga sempat merasmikan majlis pecah tanah di kawasan seluas 1.4 hektar yang menyaksikan sebanyak 1,010 unit rumah mampu milik, iaitu Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI, bakal ditawarkan kepada kumpulan sasar M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.

Semoga ia dimanfaatkan dan berguna kepada mereka yang memerlukan, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts