BUKTI BAHARU SENTIASA DITOLAK, KHILAF DALAM PENGHAKIMAN

117
SHARES
379
VIEWS

Pentadbir laman Facebook bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak mengemukakan alasan bahawa kenapa kes SRC beliau tidak sah ialah kerana Hakim Nazlan konsisten tidak membenarkan Najib mengemukakan apa-apa bukti tambahan.

Walaupun hakikatnya sekali lihat sahaja sudah boleh diketahui bukti-bukti tersebut amat relevan untuk dimasukkan bagi membuktikan Najib jelas dianiaya kerana orang di sekelilingnya jelas menerima imbuhan dari Jho Low.

Antara bukti yang dimaksudkan ialah individu-individu seperti Nik Faisal dan arwah Datuk Azlin pernah dibayar Jho Low.”

Seperti dilampirkan, Hakim Nazlan sendiri dengan jelas menulis dalam penghakiman bertulisnya untuk SRC (halaman 555), dan saya petik, “Tidak ada cadangan bahawa individu-individu ‘penyangak’ ini (termasuk Nik Faisal dan bosnya Azlin) telah mendapat manfaat hasil daripada dakwaan manipulasi akaun peribadi tertuduh“.

Ini kemudiannya digunakan oleh Nazlan sebagai alasan untuk menolak salah satu point pembelaan utama Najib – bahawa orang lain termasuk Nik Faisal dan Azlin telah menyembunyikan status sebenar akaun bank Najib dan memanipulasi akaunnya.”

Sedangkan realitinya Najib bergantung kepada Setiausaha Sulit utamanya, iaitu Datuk Azlin (kini Allahyarham) untuk menguruskan akaunnya di mana beliau kemudiannya ‘merekrut’ Nik Fasal untuk berurusan dengan bank dan kemudian diberi mandat untuk menguruskan akaun Najib.

Penyata bank tidak pernah dihantar kepada Najib dan setiap kali Najib ingin menyemak baki akaunnya, dia akan bertanya kepada Azlin dan Azlin kemudiannya akan semak dengan Nik Faisal yang menyimpan penyata bank tersebut.”

Lebih meragukan apabila pendakwaraya mengatakan bahawa tidak ada bukti bahawa Nik Faisal atau Azlin menerima wang. Malah Hakim Nazlan turut memutuskan sebegitu dalam penghakiman bertulisnya, walaupun bukti dan ‘trail’ wang dan dokumen jelas membuktikan sebaliknya.

Ini juga memperlihatkan seolah-olah berlakunya konspirasi peringkat tertinggi mengikut skip individu tertentu semata-mata bagi ‘mematikan’ watak Najib – yang sewajarnya dibongkarkan di bawah Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Sejak awal 2021, Najib berulang kali telah memfailkan permohonan ke mahkamah untuk meminta butiran akaun Nik Faisal diberikan kepadanya. Mahkamah berulang kali menolak permintaannya kerana mereka mendakwa ia adalah ekspedisi memancing bukti.

Bukankah Najib juga telah memfailkan beberapa kali permohonan tentang beberapa pegawai kerajaan (termasuk Azlin) dan pegawai 1MDB telah dibayar oleh Jho Low tetapi kenapakah Pejabat Peguam Negara dan mahkamah tidak mengendahkan permintaannya?

Pada 19 Nov 2021, SPRM mengeluarkan kenyataan MENGESAHKAN Singapura telah memulangkan AS$864,813.27 (RM4 juta) dari akaun Nik Faisal kepada kerajaan Malaysia.”

Tidak sampai 2 minggu kemudian pada 2hb Dis 2021 selepas SPRM mengesahkan perkara ini, Najib segera meminta Mahkamah Rayuan memasukkan bukti pengesahan ini bahawa Nik Faisal telah menerima wang.

Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu ini dengan mengatakan ia tidak relevan.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bahawa Najib bersalah.”

Pada Mac 2022 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Najib, ia juga didedahkan dalam perbicaraan di US terhadap bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng bahawa Azlin juga telah dibayar hampir AS$1 juta (RM4.6 juta) oleh Jho Low.

Mahkamah Persekutuan juga menolak permintaan Najib untuk menambah bukti baru bahawa Azlin dan Nik Faisal telah dibayar wang oleh Jho Low – maklumat yang SECARA LANGSUNG membuktikan penghakiman Hakim Nazlan adalah salah.

Bukankah ini jelas menidakkan keadilan kerana dalam kes Najib ini jelas penganiayaan demi penganiayaan berlaku di depan mata secara terang-terangan. Namun banyak pihak sengaja melupakan hakikat bahawa “keadilan juga perlu terlihat”, bukan hanya perlu ditegakkan.

Jelas hal ini tidak berlaku dalam pendakwaan dan penghakiman terhadap Najib, malah keadilan itu sendiri terus ‘dibutakan’. 

Lebih teruk, pendakwaan tidak pernah mendedahkan kepada Najib bahawa Azlin dan Nik Faisal telah dibayar wang oleh Jho Low. Di mahkamah, pendakwaraya mengatakan tiada bukti Azlin dan Nik Faisal mengambil wang walaupun bukti hanya di depan mata.

Najib juga dihalang mendapatkan akses kepada maklumat tertentu yang penting baginya untuk dapatkan bukti, yang kemudiannya disahkan SPRM dan perbicaraan Roger Ng di Amerika Syarikat namun malangnya bukti baharu ini juga ditolak mahkamah, lantas secepat kilat mahkamah putuskan beliau bersalah dan menghumbannya ke penjara.

Bukankah dengan membaca fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa ada yang tidak kena dengan kes Najib ini dan membuktikan adanya tangan-tangan ghaib yang mengawalnya. Bukankah kes ini wajar digugurkan terus kerana yang terlihat pada hari ini bukanlah keadilan tetapi penganiayaan teruk terhadap Najib?

Justeru cukup-cukuplah melakukan penganiayaan dan bertaubatlah serta berubahlah sementara masih sempat. Takutlah dengan Allah Taala dan bukannya dengan individu yang kononnya ‘berkuasa’, sedangkan hayatnya sendiripun tidak mampu dikawalnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts