YAB PERDANA MENTERI BINCANG KONFLIK PALESTIN DENGAN LIGA MUSLIM SEDUNIA

69
SHARES
224
VIEWS

1. Konflik Palestin-Israel menjadi salah satu topik perbincangan oleh Malaysia dengan Liga Muslim Sedunia di Riyadh, malam tadi.

2. Laporan Bernama memetik, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan.

3. Perbincangan tertutup tersebut antaranya melibatkan isu serangan terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama sedunia berhubung konflik itu.

4. Perdana Menteri dilaporkan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berakhir semalam, malah dalam ucapan pada sidang kemuncak PM menggesa masyarakat antarabangsa agar menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi secara terang-terangan terhadap rakyat Palestin.

5. Antara isu lain yang dibangkitkan adalah isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama’ Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts