BUKAN HANYA SPRM, RAKYAT JUGA AMAT TERKEJUT DENGAN PEMBEBASAN GUAN ENG

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya “amat terkejut” dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah.

Malah rakyat Malaysia sendiri terkejut dengan pembebasan Menteri Kewangan tersebut kerana jelas ada percanggahan antara kamar Peguam Negara dan pihak SPRM.

Seperti yang masyarakat sedia maklum, pihak SPRM tidak akan mendakwa selagi tidak melengkapkan siasatan, malah kes ini hampir serupa dengan pertuduhan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.”

Laporan polis juga telah dibuat berikutan pembebasan tersebut oleh Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam.

Sebagai rekod, mahkamah hari ini membebaskan Lim, bekas ketua menteri Pulau Pinang, daripada dua pertuduhan rasuah selepas Peguam Negara menerima hujah balasan daripada peguam.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membebas dan melepaskan Lim daripada tuduhan itu atas alasan pihak pendakwa menarik balik tuduhan padanya dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Mereka dituduh berkaitan satu urusan jual beli sebuah unit banglo tanpa kolam renang di Jalan Pinhorn, George Town dengan harga di bawah pasaran yang mengundang kritikan dan kecaman pelbagai pihak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts