AZMIN: NILAI PENCAPAIAN SAYA

342
SHARES
2k
VIEWS

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti akan datang, percaya dengan kebijaksanaan perwakilan untuk mengundi seorang pemimpin yang boleh mengukuhkan perpaduan dan melakukan perubahan kepada parti.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan ADUN Bukit Antarabangsa akan berdepan Rafizi Ramli bagi mempertahan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti yang akan berlangsung selama sembilan minggu bermula bulan ini.

Azmin yang ditemui oleh pemberita ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada beliau perlu terus memimpin parti dengan berpandukan kepada rekod pencapaian beliau.

“Saya di sini untuk mengekalkan kedudukan saya sekarang dan telah berada dalam parti selama 20 tahun. Mereka (perwakilan) kenal saya.. mereka telah melihat rekod pencapaian saya.

“Saya serahkan kad laporan saya kepada mereka untuk dinilai sekiranya mereka memutuskan saya perlu kekal dan memimpin parti.”

Azmin yang telah berkhidmat kepada parti selama hampir 20 tahun, menyerahkan segalanya kepada perwakilan walaupun ditentang sengit oleh kem Rafizi yang disokong oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani.

Abdullah sebelum ini mendedahkan beliau mempunyai bukti Anwar tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau akan menyerahkannya kepada Azmin untuk menggantikannya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts