GUAN ENG MASIH BELUM KEMUKA BUKTI DAKWAAN BAKI HANYA RM450 JUTA

201
SHARES
644
VIEWS
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam siaran di Facebook beliau semalam, mendedahkan sehingga kini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih belum membuktikan dakwaannya mengenai Akaun Hasil Disatukan kerajaan yang hanya berbaki sebanyak RM450 juta pada akhir April 2018.
Menurut bekas Perdana Menteri itu lagi, sehingga kini sejak dakwaan tersebut dibuat Guan Eng pada 6 September, Guan Eng tidak lagi menyentuh mengenai dakwaan beliau atau mengemukakan sebarang maklumat berkaitan.

“Sudah hampir dua minggu selepas Menteri Kewangan mendakwa baki Akaun Hasil Disatukan kerajaan hanya RM450 juta pada akhir April 2018.”

“Saya telah menjawab tuduhan Guan Eng itu dengan memberi banyak sebab mengapa dakwaan itu adalah mustahil.”

“Malangnya, sehingga kini, Guan Eng tidak pernah menyebut lagi perkara ini ataupun menjawab dengan maklumat lebih terperinci.”

Selain itu Datuk Seri Najib juga menanti jawapan Guan Eng untuk melaksanakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat ‘kehilangan’ dana RM35 bilion wang Input GST dan LHDN.

“Tambahannya, saya juga masih menunggu beliau dan kerajaan PH untuk memberi bukti mengapa mereka berulang kali mendakwa bahawa kos sebenar ECRL hanya RM30 bilion.”

“Kertas cadangan mana dan dari tahun mana tercatat kos RM30 bilion ini?”

“Jangan cuma menuduh semata-mata untuk memburukkan saya dan kerajaan BN dulu tanpa memberi bukti.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts