“RULE OF LAW” SELEPAS 61 TAHUN MALAYSIA MERDEKA

354
SHARES
2.1k
VIEWS

“RULE OF LAW” SELEPAS 61 TAHUN MALAYSIA MERDEKA

Rukun Negara Malaysia diisytiharkan pada 31 Ogos 1970, iaitu setahun selepas peristiwa berdarah pergaduhan antara kaum 13 Mei 1969.

Rukun Negara digubal bertujuan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Rukun Negara ada persamaannya dengan PANCASILA di Indonesia.

Rukun Negara ada 5 teras utama iaitu :
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

RULE OF LAW

Apa itu “Rule of Law” yang sering diperkatakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH)?

Rule of Law adalah perkara ke 4, di dalam Rukun Negara iaitu KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

Bererti, kerajaan, pemimpin kerajaan & politik serta rakyat seharusnya menghormati dan berpegang kepada Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law), di dalam segala tindak tanduk mereka memerintah negara ini.

Kepimpinan kerajaan tidak sepatutnya membelakangkan Kedaulatan Undang-Undang ketika berhadapan dengan perkara-perkara melibatkan perundangan dan takbir urus negara.

RULE OF LAW ALA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Kerajaan PH mengunakan Fasa RULE OF LAW ketika untuk mengambil KUASA NEGARA INI.

Mana dia RULE OF LAW ketika AG Chambers menggugurkan KES RASUAH MELIBATKAN MENTERI KEWANGAN LIM GUAN ENG?

Di manakah RULE OF LAW, apabila AG kelihatan (tuduhan) menyalah gunakan Undang-undang AMLA untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik negara (kerajaan terdahulu).

Di manakah RULE OF LAW, kerana tuduhan-tuduhan terhadap DS Najib lebih kelihatan seperti MEMENUHI MANIFESTO KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Kerajaan dan Pemimpin PH juga seharusnya ingat bahawa perkara ke-2 di dalam perlembagaan negara membabitkan KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

Sekadar pandangan saya.

PUTERA PAGAR RUYONG

22 September 2018

Perak

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts