Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Moha­mad menegaskan, meskipun ada pembentangan mengenai perkara itu daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), namun nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat.

“Kita perlu mengingatkan Suhakam bahawa sistem nilai-nilai kita adalah tidak sama dengan sistem nilai-nilai Barat.”

“Mereka lebih bebas, tetapi di Malaysia ada perkara-perkara tertentu yang kita tidak boleh terima walaupun sekarang ini dianggap sebagai hak asasi manusia di negara barat.”

“Kita tidak boleh terima um­pamanya LGBT, perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan perkahwinan antara perem­puan dengan perempuan.”

“Konsep kita mengenai keluarga adalah kekal sama, dua lelaki atau dua wanita tidak dianggap sebagai keluarga.”

Penegasan tersebut dibuat oleh Tun Mahathir dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.