PAS MENDAPAT SAMBUTAN GEMURUH, MCA TIDAK HADIR PAU 2018

125
SHARES
404
VIEWS

Pertama kali dalam sejarah negara menyaksikan perhimpunan Agung UMNO diadakan dalam suasana berbeza iaitu Barisan Nasional dan UMNO sebagai pembangkang apabila tewas mengejut pada PRU-14, yang menyaksikan Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Selain itu terdapat beberapa parti-parti komponen telah meninggalkan BN dan yang tinggal kini hanya UMNO, MIC dan MCA.

Namun pada Persidangan UMNO hari ini, tidak kelihatan pemimpin utama MCA terutamanya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengancam untuk menyingkirkan UMNO daripada BN jika parti tersebut mengadakan gabungan rasmi dengan PAS.

Sebaliknya delegasi PAS yang diketuai Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hadir ke perhimpunan tahunan UMNO yang mendapat sambutan dan penghormatan penuh oleh hadirin.

Kehadiran Tuan Ibrahim yang diumumkan Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin mendapat  penghormatan seluruh ahli UMNO dan perwakilan yang hadir dengan tepukan gemuruh sambil berdiri memberikan sanjungan.

Penghormatan yang diberikan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man turut diberikan kepada bekas Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang hadir sebelumnya dan mereka yang hadir melaungkan slogan “hidup Najib” ketika beliau melangkah masuk ke dewan.

Turut kelihatan hadir pada persidangan tahun ini ialah Presiden MIC Datuk SA Vigneswaran.

Sebagai rekod, MCA berkata parti itu tidak akan menghantar sebarang wakil untuk hadir acara pembukaan PAU 2018 malam ini kerana MCA memfokuskan pada urusan pemilihan partinya sendiri dan usaha reformasi bagi memastikan semuanya berjalan lancar, yang dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka.

Siaran langsung Persidangan Agung UMNO 2018 tahun ini dibawakan secara langsung oleh Astro Awani serta melalui FB UMNO Online.

    

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts