SABAR, NANTI UMNO AKAN MENJADI REBUTAN – ZAHID

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di persidangan tahunan parti itu di PWTC, Kuala Lumpur sebentar tadi menggesa anggota parti itu untuk tetap bersabar kerana sedikit masa lagi mereka akan menjadi rebutan akibat pergeseran dalaman Pakatan Harapan (PH).

Beliau juga dipetik berkata PH “boleh bubar pada bila-bila masa sahaja” yang akan mengakibatkan situasi parlimen tergantung.

“Harus diingat, situasi hari ini memungkinkan wujudnya situasi “hung parliament'” atau parlimen tergantung, di mana kerajaan itu boleh bertukar pada bila-bila masa.”

“Mereka menang tetapi tidak banyak, sementara yang kalah pula sekadar kurang sedikit. “

“Keadaan tidak seimbang ini menyebabkan kedudukan kerajaan begitu rapuh dan boleh terbubar pada bila-bila masa.”

“Dalam keadaan itu, mereka akan mencari siapa?”

“Di sinilah letaknya nilai harga ahli-ahli UMNO. Maka, janganlah memandai-mandai cabut.”

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata UMNO bersedia membentuk kerajaan perpaduan dengan sebarang parti dalam Pakatan Harapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts