PUAD: LANGKAH MAYAT SAYA DULU

113
SHARES
366
VIEWS

LANGKAH MAYAT SAYA DULU

Oleh Mohd. Puad Zarkashi
30 September 2018

PAU 2018 kali ini nampak ‘simple‘ tetapi semangat perwakilan dan pemerhati tidak pernah luntur. Tetap meriah. Bayangkan kalau 21 langkah dalam ucapan dasar Presiden itu terlaksana, UMNO tidak akan runtuh, pupus dan musnah seperti yang Tun Mahathir kata semasa di New York.

UMNO tidak akan runtuh kerana UMNO ada akar umbi. Itu Tun Mahathir tahu. Sebab itu apa yang tersirat dalam kenyataan Tun Mahathir itu ialah dia akan membunuh UMNO secara paksa dan disengajakan.

Sebab itu “Rule of law” dipermainkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Najib dilumatkan dengan 31 pertuduhan. Beberapa pemimpin UMNO akan dikejar sampai ke lubang cacing supaya menyerah diri.

Kepada Tun Mahathir, jika itu caranya untuk membunuh UMNO maka jawapan saya kepada beliau ialah “Langkah mayat saya dulu”.

Kehadiran 15 wakil Kelab UMNO Luar Negara dan hampir 54 orang wakil Mahasiswa Nasional adalah bukti pelapis UMNO tidak gentar dengan cara kasar Tun Mahathir.

Kepada pemimpin UMNO dari peringkat Majlis Tertinggi hingga ke Ketua Bahagian bersedialah untuk diterajang dan dihumban oleh rejim zalim Tun Mahathir.

Sempena PAU 2018 yang akan berakhir petang ini, diharap semua perwakilan bersuara lantang, kalau mahu membunuh UMNO, “Over my dead body”.

In sha Allah UMNO akan bangkit berkuasa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts