Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru semua ahli UMNO memberi peluang sepenuhnya kepada Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi menjalankan tugas memulihkan semula parti berteraskan Melayu itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Perhimpunan Agung UMNO hari ini yang mengulas kritikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengatakan ucapan dasar Ahmad Zahid masih tidak memberi hala tuju jelas parti itu.
Terlebih dahulu menerusi ucapan dasar pertamanya sebagai Presiden, Zahid membayangkan hasrat untuk membaiki parti tersebut, malam tadi.
“Walau apa pun penilaian kita terhadap apa yang diucapkan Ahmad Zahid, kita kena terima hakikat bahawa UMNO sedang menghadapi masalah sama ada dalaman atau luaran.”
“Beliau sudah membayangkan hasrat nak baiki.”
“Jadi kita kena bagi dia peluang dan cuba bantu.”
“Kalau beliau tidak berupaya, kita ada pilihan lain.”