AZMIN: HUJUNG BULAN INI UMNO “TINGGAL 3, 4 KERAT” SAHAJA

Beliau mendakwa Perhimpunan Agung UMNO hambar tanpa pendirian tegas dalam menentukan hala tuju parti tersebut

101
SHARES
327
VIEWS

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat andaian bahawa jumlah Ahli Parlimen daripada UMNO akan semakin berkurangan menjelang akhir bulan ini.

Beliau yang dipetik berkata pada Pidato Malaysia Baru sempena pemilihan PKR di Kuala Terengganu malam tadi, daripada 49 anggota Parlimen UMNO ketika ini hanya akan tinggal beberapa orang sahaja lagi hujung bulan ini.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ketika ditemui media selepas program itu, menjelaskan bahawa kenyataan beliau adalah berdasarkan penilaiannya terhadap Perhimpunan Agung UMNO yang  hambar tanpa pendirian tegas dalam menentukan hala tuju parti tersebut.

Next Post

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.