KERESAHAN ANWAR IBRAHIM 2 TAHUN MENDATANG

390
SHARES
2.3k
VIEWS

KERESAHAN ANWAR IBRAHIM 2 TAHUN MENDATANG

1. Kisah Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir 2 tahun mendatang ini, menjadi buah mulut rakyat Malaysia.

2. Keresahan Anwar sama ada boleh mempercayai janji Mahathir kali ini merupakan satu persoalan yang belum terjawab.

3. Jadi Perdana Menterikah aku? Menjadi keresahan yang mendalam.

4. 20 tahun menunggu merupakan satu penantian yang sungguh lama. 5 tahun di dalam penjara, merupakan satu penyeksaan yang tidak dapat digambarkan oleh sesiapa pun.

5. Banyak penganalisa politik di negara ini mempunyai pandangan bahawa tidak mungkin Dr. Mahathir akan benarkan Anwar naik menjawat jawatan Perdana Menteri. Rata-rata cubaan melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini dilakukan saban hari tanpa henti.

6. Bila ditanya oleh Zeinab Badawi (BBC Hard Talk), Dr. Mahathir berkata, saya tidak pernah memohon maaf kepada Anwar. Jawapan itu bukan sahaja memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia tetapi memeranjatkan pemimpin-pemimpin dari Asia Tenggara. Jawapan Anwar yang bersahaja, walau apapun, saya telah memaafkan Dr. Mahathir. Ini merupakan jawapan terbaik, melupakan kisah-kisah lama.

7. Tetapi apa yang terbuku di hati, hanya Anwar yang tahu.

8. Laungan REFORMASI yang pertama kali kedengaran 20 tahun yang lalu, adalah UNTUK MENJATUHKAN DR. MAHATHIR. Ini tidak pernah luput dari ingatan ahli-ahli PKR.

9. Selepas diampunkan oleh YDPA, Anwar pada awalnya mahu memberi ruang seluas-luasnya kepada Dr. Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri selama 2 tahun. Anwar menyatakan hasrat untuk berehat dan ingin memberi Ceramah (Public Lectures), di dalam dan luar negara, selain daripada mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara-negara yang berkepentingan.

10. Tetapi, apabila Anwar menukar fikiran dan sebaliknya kelihatan tergesa-gesa untuk kembali ke Dewan Rakyat menyebabkan timbul pelbagai spekulasi dan persoalan.

11. Kenapa tiba-tiba Anwar menukar hala tuju percaturan politik beliau? Ada kemungkinan, Anwar merasakan adalah lebih baik beliau berada di dalam Dewan Rakyat daripada berada di luar, sekiranya ada sesuatu di luar jangka berlaku.

12. Dr. Mahathir berumur 93 tahun dan bukannya semakin muda. Kerja-kerja sebagai seorang Perdana Menteri, amatlah ‘stressful’ – penuh dengan tekanan.

13. Anwar juga kelihatan memerlukan Azizah kekal sebagai TPM buat sementara waktu, agar tiada orang lain duduk di kerusi TPM dan menjejaskan peluang Anwar untuk jadi Perdana Menteri dalam waktu terdekat atau dalam jangka 2 tahun ini.

14. Sesungguhnya Anwar merasakan waktu amat mencemburi beliau. Lagi lama ditunggu, bagaikan lagi kurang peluang untuk Anwar naik jadi Perdana Menteri.

LANGKAH PORT DICKSON

15. Langkah PD juga merupakan satu risiko yang amat besar untuk Anwar. Kehadiran Isa Samad dan Saiful Bukhari bertanding sebagai calon Bebas merupakan satu petanda bahawa:

KEMPEN UNTUK HENTIKAN ANWAR JADI PERDANA MENTERI TELAH BERMULA

16. Kempen-kempen di media sosial memburuk-burukkan Anwar sudah bermula dengan hebatnya. Klip video-video lama mengenai Kes Sodomi 1 juga sudah mula diputarkan semula. Kononnya, Anwar mempunyai pelbagai akaun bank di luar negara sudah mula diputar-belitkan.

17. Kerja siapa ini? Kalau bukan orang-orang yang mempunyai tangan ghaib yang mahu menjatuhkan Anwar dan menghancurkan impian Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

18. Kini jelas kelihatan, lagi lama Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau kelihatan bertambah kuat dan popular di mata rakyat. Akal panjang Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sukar ditandingi oleh ahli politik lain.

19. Semakin lama Dr. Mahathir kekal sebagai PM, peluang Anwar kelihatan semakin gelap dan tipis.

20. Kesukaran Anwar untuk jadi PM bertambah dengan jurang antara beliau dengan Azmin Ali semakin jelas kelihatan. Pertandingan antara Rafizi lawan Azmin membawa pelbagai spekulasi.

21. PPBM yang hanya ada 13 kerusi Parlimen kelihatan sebagai satu parti yang dominan di dalam Gabungan Kerajaan Pakatan Harapan ini. Manakala, DAP yang mempunyai 42 kerusi, kelihatan secara halus mempengaruhi Dr. Mahathir melantik kroni-kroni mereka ke jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan termasuklah di dalam bidang kewangan, undang-undang, komunikasi dan sumber manusia.

22. LIM KIT SIANG kelihatan sebagai seorang yang beroperasi di belakang takbir menyusun strategi dan mencadangkan pelantikan-pelantikan strategik ini. Manakala, LIM GUAN ENG dan TONY PUA, pula sebagai “POLITICAL OPERATOR” yang menjalankan operasi.

23. Sesungguhnya, negara Malaysia berada DI AMBANG KEHANCURAN BUKANNYA DI AMBANG MALAYSIA BARU. Segala-gala yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan ini adalah salah, silap dan menghancurkan negara. Ini kerana negara kita kini ditadbir oleh ahli-ahli Jemaah Menteri yang tidak mempunyai pengalaman mentadbir, pendendam dan tidak mempunyai agenda yang jelas untuk membangunkan negara atau menjaga kebajikan rakyat.

Sekiranya rakyat masih belum sedar, sesungguhnya rakyat berada dalam kerugian.

Salam hormat,

SEORANG PEJUANG BANGSA MELAYU

8 September 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts