JANGAN TAKUT ANDA DIGELAR LIBERAL – MUJAHID

181
SHARES
581
VIEWS

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Mujahid Yusof yang teruk dikritik sebelum ini dalam isu khalwat, hari ini menyarankan para Hakim Syarie agar memperjuangkan dan tidak mengikut telunjuk “golongan yang membawa idea-idea ekstrim”.

Beliau mengulas demikian ketika menjelaskan mengenai pendirian kerajaan yang tidak sekali-kali menutup pintu untuk mengajak golongan LGBT kembali ke jalan yang benar yang disiarkan di Malaysiakini sebentar tadi.

“Jangan ikut telunjuk golongan yang membawa idea yang ekstrim.”

“Don’t let them dictate you, sedangkan anda yang memegang autoriti untuk bercakap hal yang benar.”

“Jika tidak, negara akan kacau-bilau. Kalau kita dapat lakukan ini, barulah kita akan bergerak ke depan.”

Mujahid yang dilihat oleh ramai pihak sebagai berlebih-lebihan dalam memperjuangkan hak golongan  LGBT, yang perbuatan mereka itu dilaknat oleh Allah Taala.

Sedangkan tidak pernahpun ada kejadian umat Islam di negara ini mendiskriminasikan golongan khunsa, pondan, maknyah, tomboy, pengkid, lesbian, gay dan sebagainya yang tergolong sebagai LGBT ini di mana-mana kawasan terbuka mahupun tertutup.

Mujahid mentakrifkan pihak yang selalu mempertikai ini sebagai ‘ekstrim’ dan inilah kebiasaan dan alasan klise bagi mereka yang memperjuangkan hak kesamarataan antara agama dan hak individu yang lebih dikenali sebagai liberal ini.

Mujahid sering dipertikai dan dikecam oleh pelbagai pihak kerana tindakan beliau sendiri yang mempertahan dan seolah-olah mengiktiraf LGBT tersebut.

Sebagai rekod, pihak yang cuba menegakkan agama berdasarkan perintah Allah sejak dahulu memang dikenali sebagai ekstrim oleh pejuang fahaman liberal kerana tidak mahu mengiktiraf golongan mereka.

Saranan Mujahid kepada Hakim-hakim Sharie dalam menegakkan Islam sepatutnya ialah;

“Jangan ikut telunjuk golongan yang membawa idea yang liberal.”

“Don’t let them dictate you, sedangkan anda yang memegang autoriti untuk bercakap hal yang benar.”

“Jika tidak, negara akan kacau-bilau. Kalau kita dapat lakukan ini, barulah kita akan bergerak ke depan.”

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts