PENDAKWAAN AHMAD ZAHID BERDASARKAN PREJUDIS POLITIK?

89
SHARES
287
VIEWS

PENDAKWAAN AHMAD ZAHID BERDASARKAN PREJUDIS POLITIK?

Kenyataan Media Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu

1. Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berasa dukacita atas penahanan dan kemungkinan pendakwaan ke atas Yang Berhormat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

2. UMNO Terengganu menghormati proses perundangan negara, namun sejak kebelakangan ini telah wujud persepsi bahawa pendakwaan dan pengguguran kes bukan lagi berdasarkan merit undang-undang tetapi lebih kepada kecenderungan politik.

3. Dalam keadaan negara dilanda kemelut dan krisis ekonomi akibat keceluparan dan ketidakmampuan kerajaan meyakinkan pelabur, kerajaan dilihat cuba mengalih pandangan rakyat kepada pendakwaan secara berterusan pemimpin-pemimpin kerajaan lalu.

4. UMNO Terengganu berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjadi sebuah badan yang telus dan bertindak atas keadilan, bukannya melaksanakan pelan besar berbentuk “witch-hunt” politik bagi melemahkan parti pembangkang, terutamanya UMNO.

5. Kami juga memandang serius tingkah laku Pejabat Peguam Negara yang tampak seakan-akan menyalahguna kuasa budi bicara dalam memula dan memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan apabila membabitkan ahli politik.

6. Banyak kes ahli politik kerajaan telah ditarik dari pendakwaan termasuk kes Y.B. Lim Guan Eng, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Shapie Apdal dan lain-lain. Dalam masa yang sama pejabat Peguam Negara tidak segan silu melakukan pendakwaan ke atas pemimpin UMNO walaupun ada kertas kes belum siap sepenuhnya.

7. Kami menghormati kuasa budi bicara Peguam Negara menentukan sama ada seseorang itu wajar didakwa atau untuk menggugurkan kes. Namun kuasa budi bicara Peguam Negara harus berlandaskan keadilan, bukannya kerana dendam dan agenda politik untuk memusnahkan UMNO dan perjuangan agama Islam dan masyarakat Bumiputera.

8. UMNO Terengganu berdiri teguh di belakang Presiden UMNO dalam berhadapan serangan pendakwaan bermotif politik ini. In sha Allah kebenaran akan hadir juga suatu masa nanti. Sehingga itu kita akan terus berjuang walau apa tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan.

DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Naib Presiden UMNO
Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu
Ahli Parlimen Padang Terap
18 OKTOBER 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts