EXTRAORDINARY TIMES, NEED EXTRAORDINARY MEASURES
Dulu kita memerintah 61 tahun dari 1957 hingga 2018. Ketika kita memerintah, kalau ada Anggota Pentadbir kita terlibat dengan kes rasuah atau jenayah, mereka dinasihatkan melepaskan jawatan dalam parti UMNO.
Kini, UMNO bukan lagi pemerintah. Tiada CONFLICT OF INTEREST.
Tuduhan-tuduhan yang dikenakan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi, merupakan tuduhan yang tidak munasabah. Untuk pembinaan masjid dan perbelanjaan untuk Sekolah Tahfiz.
Syarikat yang dituduh memberi sumbanganpun belum disiasat. Syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services menjelaskan bahawa syarikat mereka dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah tidak disiasat oleh SPRM (setakat 20 Oktober 2018).
Walaupun SPRM yang melakukan tuduhan tetapi yang jelas kelihatan kucing-kucing kurap di Putrajaya yang mengarahkan agar Zahid ditahan dan dituduh di mahkamah.
45 tuduhan kepada Zahid jelas menunjukkan bahawa parti Bunga yang hanya ada 13 kerusi Parlimen, takut kepada UMNO. Takut kepada Anwar Ibrahim (PKR).
Ini merupakan SATU TUDUHAN BERUNSUR POLITIK. Jangan UMNO terperangkap dengan PERMAINAN POLITIK MEREKA, sehinggakan kita menghukum PRESIDEN UMNO (Presiden kita), sebelum dia didapati bersalah.
INI MARUAH UMNO.
INI MARUAH ZAHID HAMIDI.
INI MARUAH ORANG-ORANG MELAYU.
EXTRAORDINARY TIMES, NEED EXTRAORDINARY MEASURES
KEADAAN YANG LUAR BIASA, MEMERLUKAN LANGKAH YANG LUAR BIASA.
Salam Perjuangan.
SBA
Kuala Lumpur
20 Oktober 2018