GAGAL TEPATI MANIFESTO, MAHATHIR PATUT CONTOHI PM JEPUN MELETAKKAN JAWATAN

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Tun Mahathir sepatutnya mengambil iktibar dari sikap ‘gentlemen’ Perdana Menteri Jepun yang mengambil tanggungjawab di atas kegagalan kerajaan pimpinannya menunaikan janji kepada rakyat

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya meletakkan jawatan selepas lima bulan menerajui kerajaan, sebahagian besarnya kerana memungkiri manifesto yang dibuat semasa berkempen.

Tun Mahathir, seorang bapa kepada anak-anaknya yang bilionair, memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang perubatan dari Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, ialah Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, wajar memilih untuk meletakkan jawatan kerana gagal memenuhi manifesto Pakatan Harapan yang diterajuinya.

Tun Mahathir, 93, bertegas beliau akan terus berkhidmat selagi rakyat mahukannya walaupun ada janji kesepakatan antara pemimpin Pakatan Harapan seperti kata-katanya, “Siapa jadi Perdana Menteri adalah atas suara rakyat.”

Namun beberapa hari lepas dalam satu program bersama pemandu-pemandu teksi di Langkawi, beliau merajuk dan membuat pengumuman kepada seluruh negara beliau akan berundur jika rakyat tidak mahukannya lagi.

“Saya bukan hendak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara… Orang panggil balik, jadi saya datang. Kalau tak hendak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya.”

Bagaimanapun Tun Mahathir tetap tidak mengakui usahanya gagal mencapai matlamat yang diharapkan dan menganggap kelemahan manifesto sendiri sebagai punca kegagalan kerana tidak menyangka akan menang maka mereka berjanji “bulan dan bintang” kepada rakyat. Malangnya rakyat percaya dengan janji-janji palsu beliau dan Pakatan Harapan.

Tun Mahathir menghadapi tekanan hebat daripada rakyat supaya berundur kerana gagal memenuhi janji dan asyik berselindung di sebalik hutang negara yang kononnya melebih RM1 trilion, selain daripada pasukan “Prime Minister in waiting” Anwar.

Populariti Tun Mahathir menjunam kerana memungkiri pelbagai janji manifesto yang terlalu banyak untuk disenaraikan, kegagalan yang mengukuhkan lagi imej beliau di mata rakyat sebagai pemimpin yang tidak menepati janji dan terlalu tua untuk memikirkan banyak perkara dan tidak lagi sesuai untuk memimpin.

Beliau juga terlalu mengikut pandangan mereka yang di sekelilingnya yang mengambil kesempatan dan membalas dendam. Melainkan sememangnya beliau sendiri yang arahkan, yang membuktikan beliau masih tidak berubah sama seperti dahulu.

Bahkan dengan jelas beliau sendiri bertegas untuk tidak menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum pilihanaraya apabila memperlekehkan Manifesto Pakatan Harapan sebagai “hanya panduan dan bukannya kitab suci”.

Menurut Pakatan Harapan, mereka akan mengadakan mesyuarat untuk memilih pemimpin baru yang secara rasmi akan menjadi Perdana Menteri baru mengikut janji yang telah disepakati bersama oleh seluruh pemimpin Pakatan Harapan.

Calon yang akan menggantikan Tun Mahathir ialah bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecatnya pada tahun 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata penganalisis.

Oleh Mohd. Faizal Ramly

24 Oktober 2018

Berita di atas diambil daripada berita sebenar di bawah yang disiarkan pada 3 Jun 2010 apabila Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama meletakkan jawatan kerana gagal memenuhi janji memindahkan pangkalan tentera dan bukannya hampir kesemua janji Manifesto gagal ditunaikan seperti Tun Mahathir.

Tun Mahathir sepatutnya mengambil iktibar dari sikap ‘gentlemen’ Perdana Menteri Jepun untuk bertanggungjawab terhadap kegagalan kerajaan pimpinannya menunaikan janji kepada rakyat apatah lagi Dasar Pandang Ke Timur diasas dan dilancarkan oleh beliau sendiri pada 8 Februari 1982.

Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama meletakkan jawatan hari ini selepas hanya lapan bulan menerajui kerajaan, sebahagian besarnya kerana memungkiri janji yang dibuat semasa berkempen untuk memindahkan sebuah pangkalan tentera udara Amerika Syarikat (AS) keluar dari pulau Okinawa.

Hatoyama, seorang jutawan yang memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stanford, ialah Perdana Menteri Jepun keempat yang meletakkan jawatan dalam tempoh empat tahun lalu.

Sehingga malam tadi, Hatoyama, 63, berikrar beliau akan terus berkhidmat semasa mengadakan beberapa rundingan dengan anggota kanan partinya, Parti Demokratik Jepun (DPJ).

Namun pagi ini, beliau membuat pengumuman kepada seluruh negara beliau akan berundur.

“Sejak pilihan raya tahun lalu, saya cuba mengubah politik Jepun bagi membolehkan rakyatnya memainkan peranan utama,” katanya pada sidang media hari ini.

Namun Hatoyama mengakui usahanya gagal mencapai matlamat yang diharapkan dan menganggap kelemahan beliau sendiri sebagai punca kegagalan.

Perdana Menteri itu telah menghadapi tekanan hebat daripada anggota DPJ supaya berundur sebelum pilihan raya dewan tertinggi Parlimen pada Julai ini.

Populariti beliau menjunam kerana memungkiri janji untuk memindahkan Pangkalan Udara Marin AS dari Okinawa, kegagalan yang mengukuhkan lagi imej beliau di mata rakyat sebagai pemimpin yang tidak tegas.

Menurut DPJ, parti itu akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini untuk memilih pemimpin baru yang secara rasmi akan menjadi Perdana Menteri baru selepas pengundian mandatori diadakan di Parlimen awal minggu depan.

Calon yang dijangka dipilih menggantikan Hatoyama ialah Menteri Kewangan, Naoto Kan atau Menteri Luar, Katsuya Okada, kata penganalisis. – Utusan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts