SAIFUL BAHAR: TIMBALAN PRESIDEN MCA CUBA MENGAJAR SIAPA UMNO PATUT BERKAWAN

154
SHARES
497
VIEWS

TIMBALAN PRESIDEN MCA CUBA MENGAJAR SIAPA UMNO PATUT BERKAWAN

Oleh Dato’ Saiful Bahar Arshad

29 Oktober 2018

Dato Seri Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) berkata, MCA akan putuskan hubungan dengan UMNO sekiranya UMNO menerima PAS sebagai sekutu politik tanpa berbincang dahulu dengan MCA dan parti komponen BN yang lain.

Wee Ka Siong membuat komen ini, sebagai respond kepada berita Zahid Hamidi menegaskan keinginan UMNO menjadikan PAS sebagai gandingan parti politik yang baru kepada UMNO.

ULASAN

PAS ada 18 kerusi Parlimen.

MCA ada 1 kerusi Parlimen.

Di kala negara berhadapan dengan LANDSKAP POLITIK BARU, pendekatan UMNO juga harus mempunyai strategi yang berbeza.

Kalau tidak, UMNO dan BN akan hanyut ditelan STRATEGI POLITIK BARU parti lawan.

MCA juga sebenarnya sudah tidak mempunyai kekuatan pengaruh di kalangan orang-orang Cina.

Kalau di PRU-13, orang-orang Cina memberi undi kepada BN sekitar di antara 10% ke 15% daripada jumlah undi yang keluar.

Pada PRU-14, 2018 baru ini, orang-orang Cina mengundi BN pada kadar hanya 5% ke 10% sahaja. Jumlah paling rendah dalam sejarah pilihanraya negara ini.

Walaupun saya kenal sangat Wee Ka Siong, sebagai seorang yang mempunyai integriti yang tinggi dan memohon perkara KEMASUKAN PARTI PAS sebagai RAKAN BARU UMNO dalam politik, dibincang dahulu dengan MCA tetapi landskap politik negara sudah berubah.

Kalau Pakatan ada PPBM dan Amanah yang telah berjaya memberikan mereka 24 kerusi Parlimen (13 + 11), manakala MCA hanya mampu memberi Barisan Nasional hanya 1 kerusi sahaja.

POLITICS IS ABOUT NUMBERS

Politik ada kalanya, angka sebegini amat penting, demi kelangsungan political survival UMNO di negara ini.

Kita sedar Wee Ka Siong sedang bertanding kerusi Presiden MCA pada bulan Disember ini. Sebagai seorang rakan, dinasihatkan berikan tumpuan kepada pemilihan parti MCA dahulu baru duduk dan bincang hala tuju BN dan politik UMNO bersama PAS dengan DS Zahid Hamidi.

Salam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts