PROPAGANDA DR. MAHATHIR BAHAGIAN KEDUA

371
SHARES
2.2k
VIEWS

PROPAGANDA DR. MAHATHIR BAHAGIAN KEDUA

PROPAGANDA KETUJUH

Kerajaan Pakatan melalui menteri-menterinya cuba untuk memperkenalkan dasar-dasar baru yang dilihat popular di mata rakyat.

Sebagai contoh, Menteri Komunikasi melancarkan satu projek:

BROADBAND. DOUBLE THE SPEED. HALF THE PRICE.

INTERNET BROAD BAND. LAJU 2 KALI GANDA. SEPARUH HARGA.

Bertujuan supaya rakyat akan dapat menikmati internet broadband dengan lebih laju tetapi dengan harga yang lebih murah.

Sebenarnya, apa yang terjadi, saham TM merudum jatuh dari RM5.00, kini berharga hanya RM2.50. Mana mungkin, beri kemudahan internet dua kali ganda tetapi dengan separuh harga. Ibarat kalau dulu sepinggan nasi ayam berharga RM5.00, kini Kerajaan Pakatan mahu TM menyediakan 2 pinggan nasi ayam dengan harga RM2.50.

Kemungkinan dengan penurunan saham TM ini, membolehkan pihak tertentu boleh MENYAMUN saham-saham TM pada harga yang jauh lebih rendah.

PROPAGANDA KELAPAN

Ketika Kerajaan Pakatan menggembar-gemburkan betapa rasuah dan korupnya pemimpin UMNO. Ketika itulah, Kerajaan Pakatan menyusun orang-orang mereka di GLC dan Agensi Kerajaan.

Cuba lihat siapa Pengerusi PR1MA sekarang, Cina. Siapa CEO Media Prima? Siapa duduk dalam Board Khazanah? Kalau dahulu, banyak profesional Melayu diambil duduk di jawatan-jawatan strategik GLC dan agensi kerajaan, kini yang terpilih bukanlah kerana qualification mereka tetapi kesetiaan kepada Pakatan dan Dr. Mahathir.

Ketika mereka kata mereka sedang menyelamatkan negara Malaysia, dalam waktu yang sama, mereka MENYAMUN NEGARA INI.

Cuba lihat berapa RIZAB NEGARA TINGGAL, semenjak 5 bulan Pakatan berkuasa?

PROPAGANDA KESEMBILAN

Kadir Jasin semalam berkata bahawa ada lagi 40 Ahli Parlimen (MP) UMNO akan menyeberang kepada parti PPBM selepas Tok Pa.

TUKANG KARUT (Kadir Jasin), Parti PPBM ini memulakan satu lagi propaganda songsang Dr. Mahathir terhadap UMNO.

Kalau sekiranya ada 40 orang lagi MP UMNO akan menyeberang, bermakna hanya 7 orang MP UMNO yang tinggal (terkini UMNO ada 47 MP).

Yakni yang tinggal ialah:

DS Zahid Hamidi

DS Ismail Sabri

DS Mahdzir Khalid

Tan Sri Anuar Musa

Tengku Adnan

Dato Shamsul (KPen.)

Dato Seri Nazri Aziz (Setiausaha Agong BN)

Mana mungkin 40 yang lain akan menyeberang. Sesungguhnya Kadir Jasin bukan orang politik, hanya seorang wartawan. Nama-nama Ahli Parlimen UMNO pun kemungkinan besar Kadir belum hafal.

Ini propaganda ke-9, Dr. Mahathir bertujuan menakut-nakutkan Ahli-ahli Parlimen UMNO & Ahli-ahli UMNO kononnya banyak lagi akan menyeberang dan meninggalkan Zahid Hamidi keseorangan.

Sesungguhnya TAKTIK DR. MAHATHIR sangat licik dan berkesan.

PROPAGANDA DAP

Yang terkini hari ini, Pengerusi DAP TAN KOK WAI membuat kenyataan bahawa DAP TIDAK BERSETUJU KEMASUKAN AHLI PARLIMEN UMNO ke dalam Pakatan Harapan.

Kata beliau, menerima Ahli Parlimen UMNO ke dalam Blok Gabungan Pakatan Harapan adalah SATU AMALAN YANG TIDAK SIHAT. DAP tidak bersetuju dengan langkah ini.

Dengan kenyataan itu, menyebabkan penulis berfikir:

APA LAH NASIB TOK PA yang baru masuk kedalam Blok Gabungan Pakatan Harapan.

KESIAN TOK PA.

Apa pula nasib selepas ini.

Salam Perjuangan,

DSBA

29 Oktober 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts