PUAD: MASUK PH MESTI BEBAS RASUAH. BEBASKAN DAHULU PH DARI PERASUAH

359
SHARES
2.1k
VIEWS

MASUK PH MESTI BEBAS RASUAH. BEBASKAN DAHULU PH DARI PERASUAH

Oleh Mohd Puad Zarkashi

30 Oktober 2018

Anwar kata, Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan ahli UMNO yang mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) mestil bebas rasuah. Permohonan mereka disaring terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Tahukah Anwar, Kerajaan PH itu sendiri dibangunkan dengan ‘rasuah’? PH membuat janji 100 hari untuk merasuah rakyat. Ternyata mereka gagal menunaikannya. Anwar sendiri dirasuah jawatan Perdana Menteri oleh Tun Daim yang menemuinya di penjara Sungai Buloh. Anwar sendiri mengakui ada perjanjian bertulis mengenainya.

Kalau Anwar serius, buang dahulu perasuah dalam PH terutamanya Tun Mahathir dan Tun Daim. Kalau rujuk balik ucapan Anwar semasa kempen PRK Kajang di Taman Emas pada 3 Mac 2014, Anwar dakwa “Daim manusia paling rasuah dalam sejarah Malaysia”. Menurutnya Daim ada bank di Afrika dan Eastern Europe.

Manakala Mat Sabu dalam satu rakaman video bertarikh 1 Mei 2015 mendakwa Mahathir adalah “bapa perompak”. Rafizi pula dalam video bertarikh 7 Februari 2017 memberikan maklumat terperinci bagaimana Mahathir dan anak-anaknya menjadi kaya-raya.

Sebab itu saya berbeza pendapat dengan cadangan supaya pembangkang menyokong Tun Mahathir sebagai PM. Sebenarnya lebih baik sokong Anwar agar cepat menjadi PM.

Kalau Anwar jadi PM maka bolehlah dia melakukan pembersihan dalam PH termasuk mendakwa Mahathir dan Daim yang beliau tuduh sebagai bapa perasuah. Buka balik kes rasuah Lim Guan Eng. Siasat kekayaan luar biasa anak Mahathir.

Pokoknya Anwar perlu bertindak cepat. Jika lambat Mahathir mungkin akan mendakwa beliau terlebih dahulu dan Anwar tidak akan sempat jadi PM.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts