TUN, KADIR DAN MUKHRIZ MEMBERI SIGNAL SERTAI KAMI ATAU DIDAKWA

401
SHARES
2.4k
VIEWS

Sebelum ini Datuk A. Kadir Jasin, Ketua Media kem Tun Menteri Mahathir membuat kenyataan bahawa akan ada lebih kurang 40 Ahli Parlimen UMNO akan menyertai Bersatu tidak lama lagi.

Kenyataan beliau dibuat selepas pengumuman Ahli Parlimen Bebas Datuk Seri Mustapha Mohamed yang melompat masuk menyertai Bersatu, parti yang hanya mempunyai 14 kerusi dalam Pakatan Harapan selepas penyertaan beliau.

Kenyataan Kadir tersebut dilihat ‘mengimbangi’ atau sebagai memberi pilihan kepada Ahli Parlimen UMNO yang diistilahkan oleh Tun Mahathir sebagai ‘jerung besar’, yang disebutnya dalam Persidangan Anti-Rasuah 2018 di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, akan ada lebih banyak dakwaan dibuat terhadap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional selepas ini.

“Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.”

Mesej yang cuba disampaikan oleh Tun Mahathir dan Kadir Jasin amat jelas iaitu;

40 Ahli Parlimen yang kami mahu itu sila lompat atau kamu akan bersama ‘jerung besar’ lain akan didakwa selepas ini.

Ini juga mungkin menjadi indikator kepada seluruh Ahli Parlimen UMNO, dalam 48 Ahli Parlimennya yang ada ketika ini, hanya ada 4 Ahli Parlimen yang jelas tidak diperlukan oleh Bersatu, seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam.

Mereka ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ketiga-tiga kenyataan mereka iaitu Tun Mahathir, Kadir dan Mukhriz ini mungkin strategi terakhir mereka untuk melihat Bersatu tidak akan terkubur selepas ketiadaan Tun Mahathir ataupun apabila Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts