BAJET 2019 TIADA UNTUK PESAWAH, PETANI, PELADANG DAN NELAYAN?

418
SHARES
2.5k
VIEWS
Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
3 November 2018

Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan biar sekalipun.

Felda hanya disebut sekali dan itupun hanya untuk peruntukan RM295 juta bagi menaik taraf jalan, projek sistem bekalan air dan memasang lampu.

Bagi sektor pertanian secara keseluruhan, bajet 2019 kerajaan PH hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk R&D produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta untuk automasi industri agromakanan dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani.

Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN di mana kita memberi RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

Kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan-bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan-golongan ini termasuk bantuan sara hidup.

Ataupun, semua bantuan-bantuan terdahulu ini sudah dihapuskan?

Rakyat Malaysia bukan terdiri dari orang bandar sahaja.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts