6 BULAN PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH PUTRAJAYA: KISAH MASAM, DUKA DAN LARA 6 BULAN

724
SHARES
2.1k
VIEWS

6 BULAN PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH PUTRAJAYA. KISAH MASAM, DUKA DAN LARA 6 BULAN

Pada malam 9 Mei 2018, seluruh negara dikejutkan dengan kemenangan gabungan Parti Pakatan Harapan merampas Putrajaya daripada Kerajaan BN terdahulu.

Dr. Mahathir terus mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mengumumkan cuti peristiwa seluruh negara selama 2 hari iaitu 10 dan 11 Mei bersempena dengan kemenangan Pakatan.

Hakikat sebenarnya, Dr. Mahathir mahu menutup Bursa Saham Kuala Lumpur untuk 2 hari, agar saham tidak merudum jatuh akibat ketidakstabilan politik negara.

Dr. Mahathir juga terus mengarahkan Anthony Loke (DAP) untuk mengumpul semua Ahli-Ahli Parlimen PH di Hotel Sheraton Petaling Jaya dan bermalam di situ. Agar tiada sebarang usaha untuk membeli atau menculik Ahli Parlimen PH oleh parti lawan.

Pada hari Khamis, 10 Mei 2018, jam 9.56 malam, Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ke 7 di Balairung Seri Istana Negara, di hadapan YDPA Sultan Muhamad V setelah menunggu beberapa jam.

YDP Agong pada awalnya menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Wan Azizah, memandangkan PKR merupakan parti yang mempunyai paling banyak kerusi Parlimen di kalangan Gabungan parti Pakatan Harapan.

MASAM

Dr. Mahathir mula membina barisan Kabinetnya dengan melantik 12 orang Menteri iaitu, 3 Menteri dari PPBM, 3 dari PKR, 3 dari DAP dan 3 dari Amanah. Walaupun PPBM hanya ada 13 kerusi Parlimen berbanding dengan PKR 49 kerusi dan DAP 42 kerusi.

Sungguh licik permainan politik Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir seterusnya mengumumkan dirinya sebagai Menteri Pelajaran. Pengumuman ini tidak dipersetujui oleh LIM KIT SIANG (DAP), kerana menurut beliau di dalam Manifesto Pilihanraya PH, Perdana Menteri tidak boleh memegang sebarang portfolio.

Dr. Mahathir akur dengan tekanan dan permainan politik parti DAP ini. Jelas kelihatan DAP SUDAH MULA MEMEGANG KUASA LANTIKAN dan kuasa budi bicara Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Dengan itu, Dr. Maszlee (Menteri Kasut Hitam) dilantik sebagai Menteri Pelajaran yang baru. Kemudian Menteri Pelajaran melantik pula Dr. Maslee II sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

Dr. Mahathir mengumumkan akan melantik satu Kabinet yang kecil.

Kerajaan Pakatan kata Dr. Mahathir tidak perlu satu Kabinet yang besar kerana perlu berjimat-cermat.

Akhirnya, setelah ditekan oleh DAP dan PKR, Dr. Mahathir melantik seramai 28 orang Menteri penuh dan 24 orang Timbalan Menteri. Iaitu berjumlah 52 orang. Satu jumlah yang amat besar. Dr. Mahathir terlupa janji awal hendak berjimat-cermat.

Sebaliknya, Dr. Mahathir mengumumkan potongan gaji Menteri sebanyak 10% setiap Menteri.

Lim Guan Eng mengumumkan gaji dan pendapatan beliau adalah sebanyak RM84,464.00 sebulan, atau bersamaan dengan RM1,037,568.00 (satu juta tiga puluh tujuh ribu ringgit setahun).

DUKA

Ramai penjawat awam kecewa kerana dibuang kerja oleh Kerajaan Pakatan pada 1 Ramadhan. Apa nasib mereka kini?

Janji-janji pilihan raya PH tidak dapat ditunaikan:

  1. Tidak dapat mansuhkan tol seluruh negara
  2.  Tidak dapat turunkan harga petrol
  3. Tidak dapat mansuhkan bayaran PTPTN

GST dimansuhkan dan diganti dengan Sistem Cukai SST. Harga barang keperluan rakyat naik lebih tinggi. Pasaran (market) semakin keliru dengan cukai baru ini.

Tajaan untuk mengerjakan Haji untuk Ketua-ketua Kampung dan Penjawat Awam yang lama berkhidmat dibatalkan.

ECRL ke pantai timur dibatalkan. HSR ditangguhkan 2 tahun. Pampasan akan dibayar.

Aset Felda dan Felcra akan dijual oleh Kerajaan Pakatan untuk membayar hutang.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, mengesahkan bahawa hutang sebenar negara ialah RM688 billion. Lagi RM300 billion lebih adalah ‘liability‘, bukan hutang negar. LIM GUAN ENG BERBOHONG LAGI.

Pemimpin-pemimpin UMNO mula disiasat oleh SPRM dan didakwa di Mahkamah. Najib Razak dan Zahid Hamidi mula didakwa.

Azeez Rahim dan Tengku Adnan disiasat oleh SPRM.

Pendakwaan bermotifkan politik diteruskan oleh Kerajaan PH. Kes rasuah Lim Guan Eng ditarik balik oleh pejabat Peguam Negara.

DI MELAKA
Jalan ke masjid ditutup tetapi Pesta Arak OCTOBERFEST diteruskan.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARU
Bermula dengan Kasut Hitam, Stokin Hitam dan Sarapan Pagi percuma untuk pelajar keluarga B40.

ECONOMIC MELT DOWN MALAYSIA, semakin menjadi realiti. Rizab Antarabangsa Bank Negara merosot dalam tempoh 4 bulan (dari 15 Mei hingga 28 Sept. 2018) sebanyak US$6.4 billion, bersamaan dengan RM26.5 billion.

LARA

Bajet 2019 Pakatan menghampakan petani, nelayan dan pekebun kecil sawit serta getah. Tiada bantuan kepada mereka.

Tawaran Kerajaan PH untuk bayaran ala BR1M jauh lebih kecil berbanding dengan tawaran BN sebanyak RM2,000.00.

Jawatan untuk orang Melayu kini diambil oleh bangsa lain. Sebagai contoh, jawatan:

  • Ketua Hakim Negara
  • Peguam Negara
  • Menteri Undang-Undang
  • Menteri Kewangan
  • Pengerusi PR1MA

BANGSA MELAYU SEMAKIN DITEKAN:

Kedudukan Raja-Raja dan Sultan semakin dipertikaikan.

Perjanjian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), mahu ditandatangan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, akibat tekanan parti DAP.

6 BULAN YANG PENUH CABARAN. MASAM, DUKA DAN LARA.

Salam.

DSBA

8 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts