PERUTUSAN AMRAN AHMAD NOR, TIMBALAN PENGERUSI GAGASAN TIGA (G3)

146
SHARES
472
VIEWS

Perutusan oleh Timbalan Pengerusi G3, Amran Ahmad Nor

Saya merasa terpanggil, berbesar hati lagi teruja untuk menerima lantikan dalam Gagasan Ketiga (G3) sebagai Timbalan Pengerusi di atas beberapa faktor, yang utama ialah;

Penyatuan Melayu dalam menentang DAP.

Masakan tidak teruja, NGO yang diterajui saya, Consent Malaysia akan berganding bahu dengan ratusan NGO lain untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menumbangkan DAP demi agama, bangsa dan negara.

Juga, tumbangkan DAP untuk memelihara kesucian agama Islam, memupuk penyatuan Melayu, memperkasakan keunggulan Institusi Raja-Raja dan menjaga kebajikan ummah.

Namun, ada yang masih bertanya: Mengapa Melayu perlu tentang DAP? Jawapannya sudah terang lagikan bersuluh, jelas:-

DAP hari ini memerintah Malaysia menerusi ‘gandingan’ bersama AMANAH yang membolehkan mereka menguasai 53 kerusi Parlimen.

Dengan DAP mempunyai 42 kerusi Parlimen bergandingan dengan AMANAH yang memiliki 11 kerusi, ‘gandingan’ ini mempunyai kerusi lebih besar berbanding PKR yang memiliki 49 kerusi dan PPBM yang hanya memiliki 13 kerusi.

Justeru, saya menyimpulkan bahawa dengan ada 53 kerusi Parlimen dalam tangan mereka, DAP yang kita semua tahu kecenderungannya hanya untuk satu kaum sahaja kini memerintah Malaysia dan ini pastinya bukan sesuatu yang baik untuk negara.

Sebab itu, walaupun Perdana Menteri kita masih lagi seorang Melayu, namun saban hari kita dapat menyaksikan pelbagai ‘perjuangan’ yang mengguris hati orang Melayu di Malaysia, dari isu UEC, SJKC sampailah ke ICERD, baru-baru ini.

Tatkala rakyat masih mengharapkan janji-janji manifesto Pakatan Harapan ditunaikan:-

  • Tol tidak dihapuskan
  • Harga barang makin naik
  • Peminjam PTPTN masih perlu membayar hutang dan sebagainya

Kita ‘disedarkan’ dengan gaji pemimpin DAP yang paling tinggi.

Belum termasuk aset lagi, gaji bulanan Nga Kor Ming dan isterinya adalah RM101,160 sebulan atau purata lebih RM3,300 sehari manakala Lim Guan Eng dan isteri pula RM86,464.92 sebulan atau RM2,882 sehari.

Mampukah mereka untuk menjana pendapatan sebanyak itu jika DAP tidak menguasai Malaysia?

Tidak majukah Malaysia sebelum ini ketika DAP duduk di kerusi pembangkang dalam Dewan Rakyat?

Jika ini terus berlaku, saya bimbang, saya khuatir kebangkitan orang Melayu akan meledak akhirnya kerana saya tahu ramai ahli DAP, PKR dan PPBM yang berbangsa Melayu juga tidak mengharapkan semua ini tatkala mereka menyokong Pakatan Harapan.

Saya bimbang, jika banyak perkara boleh berulang semula seperti Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi PM buat kali kedua dan Datuk Seri Anwar mungkin sekali lagi dilantik menjadi Timbalan Mahathir, peristiwa berdarah antara kaum mungkin berlaku lagi.

Saya cukup pasti, tiada sesiapa mahukan peristiwa berdarah terutama sekali masyarakat Cina yang memiliki banyak kepentingan perniagaan di negara ini dan Melayu, India juga mahu hidup aman damai.

Tetapi, masakan kita mampu hidup aman damai apabila saban hari kita disajikan dengan berita-berita kesucian agama Islam kian tercalar, usaha memperlekeh keunggulan Institusi Raja-Raja dan tiada usaha untuk menjaga kebajikan ummah.

Renungkan, fikirkan dan bangkitlah bersama G3…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts