PUAD: MAZLEE MENTERI KONTROVERSI

593
SHARES
1.9k
VIEWS

MAZLEE MENTERI KONTROVERSI

Oleh Mohd Puad Zarkashi

12 November 2018

TS Muhyiddin minta Dr. Mazlee segera letak jawatan sebagai Presiden UIA. Sepatutnya dia sudah lama letak jawatan apatah lagi apabila dimalukan oleh mahasiswa UIA yang berdemontrasi di hadapan beliau.

Sewajarnya dia antara Menteri yang digugurkan kalau ada cabinet reshuffle. Seorang lagi ialah Lim Guan Eng. Kedua duanya gagal memastikan peruntukan untuk sekolah pedalaman kekal RM2.5 bilion macam Bajet 2018.

Mazlee kini menjadi Menteri yang kontroversi. Terbaru Dr. Mazlee kata, satu sebab dia belajar agama kerana tidak suka tengok orang agama dan ustaz-ustaz pada zaman 80-an. Pelik sungguh Menteri selebriti ini.

Menurut Mazlee, orang muda macam dia tidak faham bahasa orang agama waktu tersebut. Mereka suka menjerit-jerit. Orang agama masa itu, perasan macam mereka sahaja yang best. Orang lain semuanya jahat.

Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Takkanlah itu standard berfikir seorang Menteri. Ustaz yang menyeleweng sebenarnya wujud sepanjang masa.

Zaman inipun ada golongan agama yang pelik. Adakah Mazlee sokong kenyataan Dr. Mujahid iaitu golongan transgender boleh guna tandas wanita? Yang bercakap itu adalah Menteri Agama dan kawan baik Mazlee.

Kemudian Mujahid kata tidak semua gay adalah homoseks. Dia guna kamus mana? Kalau bukan homoseksual tidak payahlah panggil mereka gay. Mungkin Mujahid keliru antara Gay dengan Guy?

Padahal zaman 80-an adalah zaman kebangkitan Islam terutamanya di kampus. Tiada siapa yang boleh menafikan sumbangan orang agama dalam kebangkitan ini.

Nampaknya Dr. Mazlee kena sambung balik belajar agama kerana ada orang agama pada hari ini terutamanya agamawan-politikus bersikap terlalu liberal.

Jangan nanti Mazlee contoh orang muda yang gagal menggalas tugas seorang Menteri. Jangan syok sendiri. Janganlah perasan dia sahaja yang best.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts