KENAPA DAIM DAN RAFIDAH BERTUKAR NADA?

579
SHARES
1.9k
VIEWS

Kenapa Daim dan Rafidah bertukar nada?

Oleh Muhd. Azrul Shah Ismail

13 November 2018

Saya sekadar tersengih apabila membawa kenyataan Tun Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz yang mahu kerajaan sekarang lebih fokus kepada masa depan dan bukannya terus mencari kesalahan kerajaan BN.

Mereka berdua sebenarnya bimbang dengan sentimen rakyat yang semakin tidak puas hati terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan.

Kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji janji semasa PRU14, banyak kepincangan dan kecelaruan menyebabkan rating sokongan daripada rakyat terus merosot walaupun baru enam bulan memerintah.

Daim dan Rafidah resah dengan ancaman Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang bakal menggantikan Tun Mahathir sebagai PM selepas ini. Sudah hampir pasti, misi Anwar tidak dapat dihalang selepas menjadi Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson.

Pengaruh Anwar semakin ditakuti oleh Tun M, Daim, Rafidah, Muhyiddin Yassin, Rais Yatim, Kadir Jasin, Zainudin Maidin dan ramai lagi tokoh yang anti beliau.

Anwar mempunyai hubungan baik dengan Raja-Raja Melayu dan ramai pemimpin negara luar termasuk Barat. Beliau tahu cara untuk maneuver sokongan rakyat apabila keadaan genting dan memerlukan.

Rakyat kini mencari alternatif kepada Tun M dan Anwar dilihat harapan baharu. Anwar dijangka menjadi PM lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dijanjikan.

Campur tangan dan bantuan Tun M dan Daim serta ramai lagi pemimpin PPBM, Amanah dan DAP termasuk Lim Guan Eng menyokong Azmin Ali berbanding Rafizi Ramli dalam pemilihan Timbalan Presiden bagi menggagalkan percaturan Anwar, menyebabkan Anwar mengatur muslihat tersendiri.

Lebih-lebih lagi terdapat gerakan untuk menuduh Anwar terpalit dengan kes-kes akhlak terbaharu, yang kini dalam siasatan. Kebarangkalian beliau akan didakwa lagi di mahkamah terbentang luas terutama jika bertindak melawan Tun M. Anwar juga sedar risiko keputusan mahkamah yang mungkin tidak memihak kepadanya berhubung tindakan individu tertentu mencabar status kelayakan beliau bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson, baru-baru ini.

Dalam reaksinya hari ni kepada kenyataan Daim, Anwar nampak selari dan positif kepada pandangan Daim. Kerajaan tidak perlu lagi menyalahkan kerajaan BN terdahulu kerana rakyat mahukan Pakatan Harapan melaksanakan apa yang dijanjikan demi masa depan rakyat dan bukannya asyik mencari alasan lapuk.

Walaupun Anwar kelihatan selari dengan Daim, beliau sebenarnya skeptikal dengan bekas Menteri Kewangan itu yang dilihat licik dengan percaturannya. Anwar menunggu masa terbaik untuk bertindak ke atas Tun M, Tun Daim, Rafidah Aziz, Rais Yatim, Muhyiddin, Kadir Jasin, Zainuddin Maidin, Johan Jaafar, Azman Ujang, Hashim Makaruddin dan ramai lagi yang anti beliau.

Azmin dan team beliau dalam PKR yang memihak kepada Tun M juga pasti menjadi sasaran Anwar selepas ini selain penjawat awam utama yang dilantik oleh Tun M. Kenapa Daim dan Rafidah berubah nada?

Daim sedar beliau tidak boleh berdepan dengan sebegitu banyak musuh apatah lagi keadaan kesihatannya yang dikatakan uzur kerana menjalani rawatan dialisis berkala. Rafidah pula seperti Daim, yang terpalit dengan banyak skandal bimbang Anwar akan mengheret mereka berdua ke mahkamah selepas berkuasa nanti.

Tun Daim dan Rafidah juga bimbang dengan sokongan rakyat kepada Najib Tun Razak yang terus meningkat. Ternyata penganiayaan dan tekanan berlebihan terhadap Najib menyebabkan rakyat semakin bersimpati kepada Najib.

Keberanian, keyakinan dan kebijaksanaan Najib menangkis tohmahan Pakatan dan mendedahkan kepincangan, penipuan dan kelemahan kerajaan baharu menyebabkan Tun M, Tun Daim dan Lim Guan Eng serta para pemimpin Pakatan tidak keruan.

Sehebat manapun Najib dimalukan dan dihina, sehebat itu juga Najib bertahan untuk bangkit. Apatah lagi pelbagai tuduhan yang dikenakan terhadap Najib di mahkamah tidak meyakinkan rakyat. Semua itu lebih dilihat konspirasi politik dendam yang keterlaluan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts