MALAYSIA PERLU ADAKAN PILIHAN RAYA UMUM SEMULA 2019

18.6k
SHARES
39.1k
VIEWS

(Artikel ini disiarkan pada 14 November 2018)

MALAYSIA PERLU ADAKAN PILIHAN RAYA UMUM SEMULA 2019

Negara Malaysia berada di ambang perpecahan kaum. Keadaan perpecahan kaum antara bangsa Melayu dengan bangsa Cina semakin parah.

Orang-orang Cina kini memegang tampuk pemerintahan negara di Putrajaya semakin sombong dan bongkak. Mereka kini merasakan negara ini, mereka yang punya.

Mereka juga merasakan orang-orang Melayu yang selama ini tidak memegang kuasa ekonomi, kini telah hilang kuasa politik negara.

Segala-gala kehendak bangsa Cina dikemukan oleh LIM GUAN ENG dan diterima oleh Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

ICERD (Konvensyen Antarabangsa UN – Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum), menjadi isu pertembungan terkini antara orang-orang Melayu (tuan punya tanah) dengan orang-orang Cina (yang diberi kerakyatan). Mereka orang-orang Cina mahu semua hak keistimewaan orang-orang Melayu dihapuskan.

Mereka orang-orang Cina mahukan HAK SAMA RATA dengan keistimewaan orang-orang Melayu.

TITAH SULTAN SELANGOR

Sultan Selangor pada 13 November 2018 telah bertitah:

Peranan Raja-Raja Melayu dalam memayungi kesucian Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan memelihara kedudukan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tanpa mengenepikan hak kaum lain akan terus bertapak di negara ini dan dipertahankan.

Tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan isu-isu ini, perlu segera ditangani dan dibanteras.

Golongan ini tidak boleh dibiarkan terus menghasut Rakyat.

PEMBENTANGAN BAJET 2019 KERAJAAN PAKATAN (COPY & PASTE)

Belum pun selesai perbahasan di Dewan Rakyat mengenai Bajet 2019 ini, Dr. Mahathir telah membuat kenyataan bahawa:

“Sekiranya perlu, Kerajaan Pakatan akan membentangkan ‘Supplementary Budget’ (bajet tambahan), untuk memberi peruntukan kepada perkara-perkara yang tertinggal di dalam Bajet yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng pada 2 November yang lalu.”

Kenyataan Dr. Mahathir ini membawa andaian bahawa;

Bajet PH ini adalah satu bajet yang tidak disemak secara menyeluruh oleh Dr. Mahathir sehinggakan kepentingan orang-orang Melayu iaitu insentif untuk pekebun kecil, nelayan, petani, penoreh getah dan peneroka sawit tertinggal.

JANJI-JANJI PILIHANRAYA

Sesungguhnya, Kerajaan Pakatan ini di bawah kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri telah secara terus-terang menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan TIDAK AKAN DAPAT menunaikan janji-janji Pilihan raya Umum mereka.

Ini adalah kerana 4 perkara:

1. Gabungan Parti Pakatan Harapan tidak menyangka mereka boleh menang di dalam pilihanraya PRU-14. Oleh itu, PH telah menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi serta rakyat Malaysia;

2. Apabila sudah menang, mereka kata kononnya hutang negara banyak. Oleh kerana itu, janji-janji tidak boleh ditunaikan (alasan demi alasan).

3. Untuk menghapuskan semua tol, akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM300 bilion. Alasan yang diberi, PH tidak membuat kajian terperinci sebelum membuat janji ini.

Dr. Mahathir juga menyatakan bahawa dia juga tidak bersetuju ketika Manifesto ini dibuat dengan menjanjikan akan menghapuskan tol (alasan lagi).

4. Dr. Mahathir kata, janji pilihan raya bukan SATU KITAB SUCI, yang tidak boleh dipinda sama sekali.

NEGARA DEMOKRASI DI DUNIA

Di seluruh dunia, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, parti-parti politik yang menghadapi pertandingan Pilihanraya Umum, meletakkan JANJI-JANJI PILIHAN RAYA SEBAGAI AKU JANJI KEPADA RAKYAT.

Sekiranya parti mereka menang, mereka harus menunaikan SEMUA AKU JANJI TERSEBUT.

Kalau dahulu, penjawat awampun disuruh berikrar aku janji kepada kerajaan. Inikan pula parti politik yang cuba mendapatkan MANDAT UNTUK MEMERINTAH negara ini.

Janji-janji pilihan raya adalah SATU AKU JANJI YANG SEBENARNYA KEPADA RAKYAT.

Janji-janji pilihan raya Kerajaan Pakatan ini sudah menjadi satu kemelut (crisis) dan isu yang paling besar kepada rakyat dalam sejarah politik negara.

KALAU ANAK JANTAN

Sekiranya, Dr. Mahathir benar-benar jujur, bersih, gentleman dan anak jantan, BUBARKAN DEWAN RAKYAT tahun hadapan 2019.

Adakan semula Pilihan raya Umum yang baru.

Tidak payahlah suruh dan tekan Ahli-Ahli Parlimen UMNO melompat ke parti Bersatu untuk menambahkan jumlah bilangan Ahli Parlimen mereka.

Kali ini SECARA JUJUR kemukakan janji-janji yang benar-benar boleh ditunaikan kepada Rakyat.

BIAR RAKYAT MEMILIH.

Biar rakyat membuat perhitungan.

Salam.

DSBA

14 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts