TOK HIM: WAHAI KERAJAAN… HELLO, HELLO?

585
SHARES
3k
VIEWS

WAHAI KERAJAAN… HELLO, HELLO?

Apa yang nak ditunggu lagi?

Parti komponan PH tolak.

Parti pembangkang PAS dan UMNO tolak.

Majoriti NGO tolak.

Para Mufti tolak.

Bekas Ketua-Ketua Hakim tolak dan semua pihak menolak kecuali HINDRAF yang berdolak-dalik, serta beberapa individu, pemimpin DAP, Majlis Peguam dominasi Hindu dan hanya beberapa kerat individu yang menyokong.

ISYTIHAR SAHAJALAH BAHAWA KERAJAAN DENGAN INI MEMBUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD MENOLAK ICERD.

Kenapa biarkan majoriti rakyat berdemo sana sini bagi membantah ICERD?

Betul-betul buat rakyat pening dan bingung.

Inikah sikap kerajaan PH yang terus berdolak-dalik sejak PRU-14 hingga sekarang?

Takut hilang undi Cina dan India lagi ke?

Bagilah ketenangan pada majoriti rakyat.

Daripada membiarkan majoriti rakyat menunjuk bantahan dan manifestasi marah mereka kepada isu ICERD ini melalui penulisan, demonstrasi, forum dan lain-lain;

WAJAR SEKALI PIHAK KERAJAAN KELUARKAN SATU KENYATAAN RASMI MENYATAKAN DENGAN TEGAS BAHAWA MALAYSIA TIDAK AKAN MERATIFIKASIKAN ICERD INI.

Tunjukkan ketegasan! Sesungguhnya RAKYAT mahu melihat kepada ketegasan dan keberanian ini!!!

UMUM SEGERA KERAJAAN MUKTAMAD TOLAK ICERD.

Tok Him Ali

Presiden Perkasa

15 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts