PAS DIKECAM, PEMIMPIN PH TIDAK PULA? – WARDAH ABDUL RAHMAN

270
SHARES
865
VIEWS

Oleh Wardah Abdul Rahman

15 November 2018

Ramai yang mengecam PAS apabila Ustaz Ahmad Dusuki semalam menegaskan perbuatan lompat parti sebagai tidak beretika dan berdosa.

Tapi berapa ramai yang mengecam Pakatan Harapan apabila pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang sama?

“Individu lompat parti tidak diterima.”
-Tun Dr Mahathir Mohamad (16 Mei 2018)

“Halang ADUN Lompat Parti. Ini bertujuan membanteras budaya tidak beretika ahli politik yang melompat parti sesuka hati selain meningkatkan kewibawaan dan integriti politik di negara ini.”
-Lim Guan Eng DAP-Air Putih (2 November 2012)

“Kita ada perjanjian supaya wakil rakyat tidak lompat parti.”
-Naib Presiden PKR, Tian Chua (20 January 2018)

“Tolak pemimpin lompat parti.”
-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad (2 November 2018)

“Perkenalkan akta lompat parti. Perkara itu perlu disegerakan berdasarkan keadaan politik semasa negara yang menyaksikan kemungkinan lebih ramai wakil rakyat mungkin lompat parti.”
-Ketua Pemuda DAPSY, Wong Kah Woh (28 Oktober 2018)

Fenomena ini menunjukkan bahawa golongan penyokong dan pengampu kerajaan Pakatan Harapan ini masih tidak celik politik dan berpolitik berlandaskan nafsu tanpa akal yang sihat. Jauh sekali mahu berpolitik secara matang dan sejahtera.

Golongan ini bukan wujudnya sekarang bahkan kewujudan mereka telah dirakamkan sejarah sejak zaman jahiliah lagi. Di mana golongan ini akan menolak mentah-mentah apa yang disampaikan Nabi SAW walaupun hakikat sebenarnya mereka mengakui kebenaran dakwah Nabi SAW.

Sejarah berulang itu biasa. Namun istiqamah atas jalan kebenaran itu luar biasa.

Anda istiqamah? Anda orang yang luar biasa.

Jadilah orang yang luar biasa hebat.

(Dipetik dari laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts