PUAD: NAJIB SEKOLAHKAN LIM GUAN ENG

518
SHARES
3k
VIEWS

NAJIB SEKOLAHKAN LIM GUAN ENG

Oleh Mohd Puad Zarkashi

15 November 2018

Semasa membahaskan Bajet Lim Guan Eng 2019, Najib telah menyekolahkan Guan Eng. Menurut Najib prinsip asas yang mesti ada pada sebuah bajet ialah;

Pertama mesti bernadikan rakyat secara inklusif

Malangnya, walaupun peruntukan Bajet 2019 naik 10% kepada RM314.5 bilion, tetapi nelayan, petani dan pekebun kecil tercicir. Mahasiswa pula dipaksa bayar hutang PTPTN.

Asas kedua;

Ia mesti memberikan keyakinan kepada pasaran kewangan dan pelabur

Tetapi setelah bajet dibentangkan harga saham terus merosot, ringgit menyusut dan FDI juga berkurangan

Asas ketiga;

Bajet mestilah prudent atau berhemah

Justeru kena guna worst case scenario. Kalau keadaan bertanbah baik maka ia adalah bonus. Kalau keadaan bertambah buruk maka kita sudah ada persiapan.

Rupanya bila Kerajaan PH batalkan GST, perancangan mereka ialah paksa Petronas membayar dividen tinggi kepada kerajaan. Mungkin PH mengandaikan harga minyak setong akan naik. Sepatutnya gunakan asas worst case scenario.

Bagi tahun 2018 Petronas dipaksa bayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM26 bilion dan untuk tahun 2019 sebanyak RM54 bilion.

Semasa zaman Najib antara 2008-2015, average Petronas bayar dividen kepada Kerajaan ialah sebanyak RM30 Bilion sahaja. Itu pun harga minyak ketika itu agak tinggi, iaitu US$100 satu tong. Tahun 2016 dan 2017 dividen yang dibayar ialah RM16 bilion sahaja.

Tetapi sekarang dengan harga minyak jatuh kepada US$65 setong, Kerajaan PH mahu memeras duit Petronas sebanyak RM54 Bilion untuk tahun 2019. Bagaimana kalau harga minyak turun ke US$60 setong. Atau worst case scenario US$55 setong?

Semalam semasa berucap di Singapura, Tun M kata, setakat Kerajaan ambil RM30 bilion daripada Petronas ‘is nothing‘.

Is nothing??? Alasan beliau, dulu Petronas pernah bayar dividen sebanyak RM80 bilion.

Saya mahu bertanya kepada Tun M, tahun bila agaknya Petronas pernah bayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM80 bilion? Dan ketika itu berapa harga minyak setong?

Pokoknya Bajet 2019 bukan Bajet Bina Semula Negara, tetapi Bajet Guan Eng yang gagal.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts