APABILA MENTERI PENDIDIKAN HENDAK JADI POLIS DAN PEGAWAI SPRM

631
SHARES
3.7k
VIEWS

APABILA MENTERI PENDIDIKAN HENDAK JADI POLIS DAN PEGAWAI SPRM

Program Susu 1Malaysia baru-baru ini menjadi isu hangat apabila Dr. Maszlee, Menteri Pendidikan membuat kenyataan seolah-olah ada ketirisan berkenaan dengan program susu ini.

LATAR BELAKANG

Program membekal susu kepada pelajar-pelajar sekolah telah lama dilaksanakan di seluruh dunia. Pemberian susu untuk diminum oleh murid sebagai makanan tambahan dilaksanakan bertujuan untuk membekal nutrisi yang mencukupi dan memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya murid kekal sihat dan sentiasa segar.

Program Susu 1Malaysia ini adalah kesinambungan Program Susu Sekolah yang bermula pada tahun 1983. Program Susu 1Malaysia bermula pada September 2010.

Dibekalkan untuk:

i. Semua murid di sekolah rendah luar bandar & Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dan
ii. Semua murid di sekolah rendah di bandar yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Pada tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya, telah dikeluarkan kontrak membekal susu-susu ini kepada murid-murid sekolah di seluruh negara mengikut 6 zon yang telah dikenal pasti.

Untuk tahun 2018, tidak ada kontrak pembekalan susu dilaksanakan kerana Waran Peruntukan serta kelulusan lewat sampai kepada Kementerian Pendidikan. Pada 9 Mei 2018, pertukaran kerajaan pula berlaku.

Oleh yang demikian, tiada perlantikan sebarang kontraktor pembekal.

Perlu dimaklumkan juga perbelanjaan terbesar Kementerian Pendidikan ialah membayar gaji dan allowance guru serta kaki tangan kementerian yang kini berjumlah 500,000 orang. Guru-guru inilah yang berkorban mengajar anak-anak kita di sekolah.

Jumlah sekolah di seluruh negara hampir 10,000 buah sekolah.

Selain daripada isu pemakanan murid, isu security (keselamatan) di sekolah juga merupakan isu yang amat dipandang berat oleh Tok Det.

Jumlah perbelanjaan untuk keselamatan murid juga merupakan satu jumlah yang amat besar yang ditanggung oleh kementerian bagi memastikan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan berada di dalam keadaan selamat di sekolah.

MASZLEE MAHU JADI PEGAWAI SPRM

Sekiranya tuduhan Maszlee ada penyalahgunaan kuasa, bermakna ada perolehan dan kontrak pembekalan dikeluarkan. Pembayaran dibuat tetapi susu tidak dibekalkan.

Kalau perolehan dan kontraktor pembekal tidak dilantik serta tiada pembayaran, mana ada susu dibekalkan.

Macam manalah, Maszlee mentadbir Kementerian Pendidikan ini.

Bila Dr. Mahathir sebut sahaja ada kemungkinan berlaku rombakan Kabinet, Dr. Maszlee adalah Menteri pertama yang melompat.

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

Khabar berita dari UIA, Dr. Maszlee ini ketika pergi interview untuk naik pangkat sebagai Professor Madya pun gagal dan tidak lulus (tengah periksa kesahihan berita ini).

Dia balik semula ke UIA sebagai Presiden UIA, kemungkinan ada dendam yang belum kesampaian untuk diperbetulkan.

TSMY suruh berhenti dengan segera. Dr. Maszlee jawab, nanti dulu. Mungkin berhenti di hujung bulan.

Arahan Kabinetpun, Maszlee tidak boleh nak ikut dengan segera.

KESIMPULANNYA

Mengikut sumber dari KPM, Dr. Maszlee sepatutnya boleh meneruskan Program Susu ini sekiranya dia tahu mengurus kewangan Kementerian dengan baik kerana Bajet Susu 1Malaysia ini ada di Kementerian.

Fikirkanlah, Menteri Pendidikan ini mahu jadi Pegawai SPRM dan polis.

Ada baiknya, Dr. Mahathir lantik Dr. Maszlee ganti Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Shukri sudah mahu bersara.

Rakyat hari ini, tertanya-tanya apa langkah yang akan diambil oleh Maszlee terhadap tuduhan 3 Kertas Peperiksaan SPM bocor.

Isu ini amat penting kerana SPM menentukan masa depan anak-anak kita.

Wahai Menteri Pendidikan, KASUT DAN SUSU penting tetapi perbetulkanlah YOUR PRIORITY, peperiksaan SPM amat jauh lebih penting.

FIKIRKANLAH. KUALITI MENTERI PENDIDIKAN INI BERADA DI LEVEL MANA?

Salam.

DSBA

16 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts