KENAPA BEKAS MENTERI DAN PEMIMPIN MCA, MIC DAN GERAKAN TIDAK DIDAKWA?

409
SHARES
1.3k
VIEWS

KENAPA BEKAS MENTERI DAN PEMIMPIN MCA, MIC DAN GERAKAN TIDAK DIDAKWA?

Oleh Mohd Puad Zarkashi

17 November 2018

SPRM ini adil ke tidak? Hairan juga kenapa bekas Menteri dan pemimpin dari MCA, MIC dan GERAKAN seorangpun tidak didakwa.

Mana mungkin satu tuduhanpun tidak boleh direka untuk mendakwa pemimpin parti berkenaan. Kenapa UMNO sahaja? Berbelas dan berpuluh tuduhan direka untuk mendakwa pemimpin UMNO. Lagipun bukan payah sangat. Dakwa dulu, siasat kemudian.

Jawapannya mudah. Tun M yang suruh. Tun M hanya mahu memusnahkan UMNO dan minta mereka menyertai PPBM untuk menyelamatkan PPBM. Pada dia MCA, MIC dan GERAKAN bukan ancaman.

Ahli Parlimen ketiga-tiga parti itu tinggal seorang dua sahaja. Dan bukan boleh dibawa masuk ke dalam PPBM pun. Mungkin pada Tun M ketiga-tiga parti komponan BN itu akan mampus sendiri tidak lama lagi.

Tetapi UMNO mengancam beliau. Beliau geram kerana ahli akar umbi UMNO tidak goyang. Pada beliau MCA, MIC dan GERAKAN no hal punya. Justeru beliau akan kejar UMNO sampai ke lubang cacing.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts